Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityWalaupun Berjaya Turun Berat Badan 18kg, Fasha Sandha Rancang Tambah Cahaya Mata...

    Walaupun Berjaya Turun Berat Badan 18kg, Fasha Sandha Rancang Tambah Cahaya Mata Tahun Hadapan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Aktres jelita, Fasha Sandha, 39, mempunyai perancangan menambah cahaya mata, tahun hadapan.

    Fasha, berkata, suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz juga menginginkan seorang lagi cahaya mata lelaki.

    Bagaimanapun, Fasha berkata, hasrat suaminya itu terpaksa ditangguhkan buat masa ini kerana sibuk menjalani penggambaran.

    “Insya-Allah, saya merancang menambah seorang lagi cahaya mata, tahun depan. Suami minta tahun ini, tetapi komitmen tidak membenarkan saya untuk hamil.

    “Suami sebenarnya nak sangat anak lelaki, supaya anak-anak jadi dua pasang.

    Sementara itu, Fasha menolak dakwaan semakin seksi selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg).

    Fasha berkata, dia sekadar memakai semula pakaian lama sebelum berat badan naik dahulu.

    “Mungkin karakter saya sebagai Datin Safia iaitu seorang yang ‘daring’. Masa saya bulat dahulu pun, saya masih sama, cuma orang tidak perasan.

    “Orang nampak kelainan kerana baju lama saya sudah muat balik,” katanya pada acara Zumba With Fasha Sandha anjuran produk kecantikan jenama Berryfull di Setiawangsa, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

    Mengambil masa lebih lapan bulan menurunkan berat badan sebanyak 18kg, Fasha berkata, dia hanya menjamah dua sudu nasi dan ikan sebagai sumber protein bersama produk makanan tambahan keluaran Inayah Beauty sepanjang proses mengurangkan berat badan.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts