“Zayed Khan ditanya “Siapa kamu?” sebanyak dua kali oleh Farah Khan untuk mendapat watak dalam filem Main Hoon Na”
Aktor Bollywood terkenal iaitu Zayed Khan memulakan debutnya dalam bidang lakonan pada tahun 2003 dalam filem Chura Liyaa Hai Tumne. Walau bagaimanapun filem keduanya iaitu Main Hoon Na yang menjadikannya lebih dikenali ramai seantero dunia.
Filem tersebut dikeluarkan pada 2004, Zayed Khan membawa watak Lakshman Prasad Sharma atau Lucky dan pelakon bersamanya adalah Shah Rukh Khan yang merupakan aktor kegilaan ramai ketika itu.
Zayed merupakan kenalan kepada Sanjay Khan, Fardeen Khan dan Hrithik Roshan kemudiannya dikenalkan pula dengan koreografi dan pengarah filem Main Hoon Na iaitu Farah Khan.
“Pada kali pertama saya menelefon Farah untuk menanyakan adakah dia boleh mengajarkan saya tarian kemudian dia menjawab “siapakah anda?”.-kata Zayed
Dan dia menyuruh saya menelefonnya kembali seminggu kemudian. kemudian saya menelefonnya semula dan dia menanyakan perkara yang sama “siapakah anda?”. Kemudian saya terangkan kepadanya dan dia menyuruh saya pergi ke pejabatnya”-tambah Zayed
Zayed kemudian pergi ke pejabat Farah namun disuruhnya masuk ke dalam pejabat Shah Rukh Khan. Kelihatan Shah Rukh Khan Bersama Farah Khan yang sedang duduk dan memberitahu saya,
“kami mencadangkan nama anda salah seorang untuk memegang watak dalam filem Main Hoon Na dan kami belum buat keputusan yang muktamad lagi”-kata Farah
Zayed mengatakan lagi, semasa berbual bersama mereka Zayed ditanya soalan cepu emas oleh Shah Rukh Khan kepadanya.
Katanya lagi, berkemungkinan Shah Rukh Khan dan Farah Khan terkejut mendengar jawapannya ketika itu, lalu terus mengambilnya untuk filem Main Hoon Na.
Apa kata anda?
Credit: Gossip – Murai MY