Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCelebrityZiana Zain Gayakan Gaun Mega Dalam MV Waktu, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

    Ziana Zain Gayakan Gaun Mega Dalam MV Waktu, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dan pelakon, Ziana Zain mencuri perhatian netizen selepas dilihat menggayakan gaun mega dalam MV single comeback terbaharunya berjudul Waktu yang kini sudah distrim di Youtube.

    Gaun Yang Paling Sukar Untuk Disiapkan

    Menurut pereka gaun Ziana Zain menerusi hantaran di Instagram, Kel Wen dari Behati menyatakan bahawa gaun Custom Queen’s taffeta dengan spiked hand-pleating yang direka untuk Ziana Zain itu merupakan dres yang paling sukar untuk disiapkan dan mengambil masa selama seminggu disebabkan rekaanya yang kompleks.

    “Dress paling sukar yang pernah saya buat, dengan pembinaannya yang kompleks, ia mengambil masa seminggu untuk menyelesaikannya.

    Dari music video brief, ini adalah interpretasi saya tentang Ratu jahat Snow White. Saya sentiasa mahu bereksperimen dengan ‘sharp draping’, istilah yang saya gunakan untuk menggambarkan rupa baharu ini, di mana saya mencipta silhuottes yang tajam dengan draping dan bukannya rounded volume biasa.”-jelas Kel Wen

    “Siapa Suruh Duduk Sebelah Aina Abdul..Kan Dah Terjangkit”

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka yang terpegun melihat penampilan penyanyi yang terkenal dengan lagu Madah Berhelah ini, malah ada yang berseloroh menyifatkan Ziana ‘berjangkit’ dengan cara pemakaian penyanyi, Aina Abdul yang sememangnya unik .

    “Wow! Pencabar Aina Abdul ni..”

    “Inilah definisi DIVA! What an amazing look! Love you kak gee.”

    “Teringat pakaian ratu sihir dalam the cave of the golden rose.”

    “Tu la kak..Siapa suruh duduk sebelah Aina Abdul..Kan dah berjangkit 😝.”

    “Mega Letupannn.”

    Apa komen anda dengan gaun Ziana Zain dalam MV Waktu?



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts