Penyanyi terkenal antarabang, Celine Dion dan Lady Gaga bakal membuat kemunculan di majlis pembukaan sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.
Terima bayaran RM9 Juta?
Difahamkan, ini merupakan kemunculan pertama Celine selepas hampir dua tahun berehat dari industri muzik akibat menderita penyakit stiff person syndrome pada tahun 2022.
Menurut sumber, sebelum ini, penyanyi berusia 56 tahun itu telah membatalkan siri jelajahnya dan kini bakal membuat persembahan di pentas dunia sukan Olimpik Paris 2024.
Media melaporkan Celine menerima bayaran sebanyak AS2 juta atau RM9.34 juta hanya untuk mendendangkan sebuah lagu.
Meskipun begitu, tiada kenyataan rasmi berhubung kemunculan Celine di majlis gilang-gemilang itu namun Presiden Perancis, Emmanuel Macron akui berbesar hati dan teruja sekiranya penyanyi berbakat itu muncul membuat persembahan di majlis tersebut.
Menurut sumber, Celine Dion juga dipercayai bakal berduet dengan penyanyo, Lady Gaga di pentas Olimpik 2024 dengan mendendangkan lagu Édith Piaf’s classic “La Vie en Rose”.