Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Cempaka Melati”, Drama Adaptasi Novel Pertama Buka Tirai 2024 Di RTM

    “Cempaka Melati”, Drama Adaptasi Novel Pertama Buka Tirai 2024 Di RTM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Drama adaptasi novel “Cempaka Melati” karya Zahida Zarkasi menjadi pembuka tirai pilihan drama terbaharu menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    Drama 26 Episod

    Drama 26 episod arahan Amirul Fadhli ini menggandingkan pelakon utama Sharifah Husna dan Azrel Ismail sebagai teraju utama.

    Turut menampilkan pelakon Syafiq Naswip, Eizlan Yusof, Zarynn Min, Dian P Ramlee, Kuza Muzani, Jasmin Hamid, Kay Maria juga Fathil Dani, ia disiarkan setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.00 malam di TV2 atau strim melalui RTMKlik.

    Plot kisahnya tentang Cempaka Melati bekerja di sebuah tempat peranginan dan sejak kebelakangan ini sering mengalami kejadian misteri seperti namanya dipanggil, ternampak kelibat rakan sekerjanya secara misteri serta mimpi-mimpi aneh.

    Menaruh Harapan Pada Isteri Orang

    via RTM

    Bukan sahaja itu, kini bekas teman lelakinya, Addin muncul bersama isterinya, Hana di tempat peranginan itu untuk berbulan madu. Namun Melati mengelakkan diri kerana dia enggan mengingati memori bersama lelaki itu.

    Melati banyak menerima hadiah daripada pengirim misteri. Pada masa yang sama, Addin cuba untuk mendekati Melati.

    Walaupun sudah beristeri, Addin masih menaruh harapan terhadap Melati. Rupa-rupanya Addin tidak tahu sebab sebenar Melati putus dengan dia dulu.

    Dalam pada itu, gerak-geri Melati diperhatikan oleh seorang jejaka kacak bernama Zhariff.

    Mencari Jawapan Yang Sebenar

    via RTM

    Kehadiran Zhariff mula menarik perhatian Melati. Yang peliknya, tiada seorang pun kawan-kawan Melati yang pernah nampak jejaka tersebut. Hana pula mula syak Addin ada sesuatu dengan Melati.

    Sejarah hidup Melati turut menjadi perhatian hingga membuatkannya terpaksa menjejaki rahsia keluarga yang selama ini disimpan rapi oleh arwah opahnya.

    Melati berharap akan menemui jawapan namun sebaliknya makin banyak persoalan yang muncul hingga buat dia hampir berputus asa.

    ALSO READ:  Jay Iswazir ‘Koyak’ Baca Komen Negatif Netizen, Bimbang Keluarga ‘Diserang’ – ‘Tak Sanggup Nak Teruskan’

    Zhariff datang menghulur bantuan namun kemelut yang melanda makin membingungkan. Mampukah Melati menerima segala kebenaran yang terbongkar?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts