Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCetaphil Tampil Produk Baharu Khas Untuk Kulit Berminyak & Kombinasi Yang Sensitif

    Cetaphil Tampil Produk Baharu Khas Untuk Kulit Berminyak & Kombinasi Yang Sensitif

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cetaphil®, jenama penjagaan kulit dermatologikal No. 1 di Malaysia*, berasa bangga memperkenalkan produk terbaharunya – Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU—sebagai tambahan ke dalam portfolio rangakaian pembersihya. Pembersih dengan inovasi gel-berbuih ini direka khas untuk kulit berminyak serta kombinasi yang sensitif dan terbukti secara klinikal boleh menanggalkan sehingga 94% mikropartikel pencemaran, mencuci dan membersih di samping mengekalkan keseimbangan lembapan semula jadi kulit.

    Dengan memanfaatkan keberkesanan gabungan bahan-bahan yang dicipta oleh pakar Cetaphil® seperti Niacinamide, Panthenol dan Glycerin yang menghidrat, Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU diformulasikan khas untuk mengecilkan liang pori dalam masa 28 hari sahaja. Formula bersifat bukan komedogenik ini menghalang pembentukan jerawat yang biasa berlaku terutama untuk kulit berminyak dan sensitif tanpa menjejaskan kelembapan kulit.

    Rangkaian pembersih jenama terkemuka ini meningkatkan kesemua 15 kelas ceramide yang penting termasuklah Cetaphil® Gentle Skin Cleanser, Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser dan Cetaphil® Soothing Foam Wash. Kini Cetaphil® mengorak langkah ke era baharu dengan Daily Facial Cleanser BAHARU.

    Formulasi terbaharu ini lebih menonjol bukan sahaja kerana ia meningkatkan semua kelas ceramide yang penting untuk kulit, malah ia menjanjikan pengalaman membersih yang menyegarkan untuk kulit berminyak dan kombinasi. Tidak seperti pembersih berbuih konvensional yang ada di pasaran, solusi yang berinovatif ini menawarkan pembersihan lembut serta menghidratkan untuk memelihara kulit sensitif. Ia bebas paraben, bebas sabun, tiada pewangi dan dapat melindungi daripada 5 tanda kulit sensitif

    Sejajar dengan Cleanser Awareness Month, Cetaphil® turut merasa teruja untuk memperkenalkan buat julung kalinya dan yang terbesar di Malaysia, ‘Cleanserland’. Bermula dari 30 Jun 2024, warga Malaysia boleh berkunjung ke IOI City Mall, Putrajaya, LG East Court Concourse untuk menyaksikan keseluruhan rangkaian pembersih Cetaphil®, mendapatkan analisa kulit, menebus sampel percuma dan menerima promosi eksklusif Watsons sehingga 40% bila membuat pembelian. Cleanserland akan turut menyediakan ruang yang Instagrammable serta menawarkan pengalaman menyeronokkan untuk dikongsikan secara langsung.

    ALSO READ:  [VIDEO] Reaksi Ernie Zakri Tatap Trofi Kemenangan Di Indonesia, Buatkan Netizen Sebak!

    Untuk ketahui lebih lanjut tentang Cetaphil® Daily Facial Cleanser BAHARU dan Cleanser Awareness Month, sila layari www.cetaphil.com.my atau temui kami di TikTok, Instagram dan Facebook.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts