Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 3, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCetus Fenonema Dengan Inovasi Terkini Pewarna Rambut Halal Berasaskan Inai

    Cetus Fenonema Dengan Inovasi Terkini Pewarna Rambut Halal Berasaskan Inai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Siapa cakap nak cantik kena mahal? Dengan Inai Republic, lebih mudah bagi muslimah kekal cantik. Pilihan wanita moden untuk produk halal, telus air, dan diyakini. Dengan ujian klinikal telus air terbukti, tampil cantik sambil mudah menjaga ibadah!

    Jenama dipercayai ini komited menghasilkan produk berkualiti premium bersama pakar, memberikan gaya anggun, praktikal, dan mesra solat.

    Dua kali berhenti belajar perubatan, kini berjaya genggam MBA

    Di sebalik kejayaan Inai Republic, tersimpan kisah luar biasa tentang pengasasnya, Syarifah Furaiha, atau lebih mesra dipanggil Fara.

    Anak jati Terengganu ini memulakan perjalanan perniagaan selepas menghadapi pelbagai cabaran peribadi. Pernah dua kali berhenti belajar dalam bidang perubatan di Russia dan Mesir akibat tekanan kewangan dan hidup, beliau tidak pernah membiarkan kegagalan menghalangnya mencapai kejayaan. Sebaliknya, Fara mengalihkan fokus kepada bidang yang lebih dekat dengan minatnya iaitu perniagaan.

    Dengan tekad yang kuat, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat MBA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berjaya menamatkannya dengan cemerlang.

    Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan ketabahannya tetapi juga menjadi inspirasi kepada ramai bahawa kegagalan bukanlah penghujung jalan. Hari ini, Fara berdiri sebagai penggerak utama di sebalik inovasi pewarna rambut halal berasaskan inai pertama di Malaysia.

    Kisah Syarifah Furaiha membuktikan bahawa kegagalan adalah sebahagian daripada proses menuju kejayaan. Selepas meninggalkan bidang perubatan, beliau memilih untuk memulakan lembaran baharu dalam dunia perniagaan. Berbekalkan tekad yang kuat, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat MBA dan berjaya menamatkannya dengan cemerlang.

    Menurut beliau, pendidikan bukan sahaja membantu memperbaiki strategi perniagaan tetapi juga memberi keyakinan kepada pelabur dan pelanggan.

    “Bisnes tetap bisnes, tetapi pendidikan adalah pelaburan masa depan. Ia membezakan kita, terutama jika kita ingin menembusi pasaran antarabangsa,” ujarnya. Kejayaan beliau menjadi bukti bahawa walau apa pun cabarannya, pendidikan tetap memainkan peranan penting dalam membina masa depan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Didi Astillah Tegaskan Yazmin Aziz Undur Diri FD4 Bukan Sebab Bergaduh, Produksi Terima Baik Thamiera Sebagai Pengganti

    Inovasi pewarna rambut berasaskan inai pertama di Malaysia

    Melalui jenama Inai Republic, Fara mencipta inovasi pewarna rambut halal yang memenuhi keperluan wanita Muslimah. Produk ini dirumus khas menggunakan bahan semula jadi, mesra wuduk, selamat, dan bebas bahan kimia keras seperti peluntur (bleach).

    Ia mampu memberikan warna rambut yang cantik hanya dalam 45 minit dan boleh digunakan sendiri di rumah tanpa perlu ke salon. Inai Pewarna Rambut ini bahkan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan bahannya halal setelah diuji di makmal yang diiktiraf Jakim.

    “Inovasi ini lahir daripada niat saya untuk menawarkan alternatif pewarna rambut yang halal dan menjaga kesihatan rambut. Kami percaya kecantikan tidak perlu mengorbankan nilai agama,” jelas beliau.

    Dengan permintaan tinggi terhadap produk halal, pewarna rambut Inai Republic telah menjadi pilihan utama wanita yang ingin tampil cantik secara selamat dan praktikal.

    Bangkit dari kegagalan: Inspirasi kejayaan sebenar

    Kisah Syarifah Furaiha menjadi inspirasi bahawa kegagalan adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Dua kali berhenti belajar perubatan tidak mematahkan semangatnya, malah mendorong beliau untuk bangkit dan mencapai kejayaan yang lebih besar. Hari ini, Inai Republic menjadi peneraju dalam industri kecantikan halal, mencerminkan ketekunan dan inovasi yang luar biasa.

    Produk pewarna rambut berasaskan inai ini bukan sekadar produk kecantikan, tetapi juga simbol perjuangan, visi, dan keberanian beliau untuk mencipta sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat.

    Kisah inspirasi ini mengingatkan kita bahawa kejayaan bukan hanya untuk mereka yang berjaya pada percubaan pertama, tetapi juga untuk mereka yang bangkit selepas jatuh.

    Jadi tunggu apa lagi? Layari inairepublic.com dan layari TikTok Inai Republic HQ atau hubungi ejen sah berhampiran korang sekarang untuk dapatkan produk eksklusif daripada Inai Republic.

    ALSO READ:  [VIDEO] Harith Iskander & Dr Jezamine Sudah Berusaha Selamatkan Rumah Tangga, Bercerai Jalan Terakhir – ‘Perkahwinan Mana Yang Tiada Masalah?’
    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts