Pelakon Chacha Maembong memberitahu dia enggan masuk campur urusan peribadi aktor Jay Iswazir dan bekas isterinya, Azzahra meskipun pernah bekerjasama dengan kedua-dua individu tersebut.
Tak nak komen
Menerusi temu bual bersama , Chacha berkata, sepanjang berlakon dengan Jay, dia seorang yang menghormati semua orang dan sentiasa buat hal sendiri. Tambah Chacha, mereka jarang berbual dan lepak sekali di set penggambaran.
Sebenarnya, saya tak berani nak komen apa-apa sebab saya tak kenal dia secara peribadi. Tapi bila dia dekat set, dia lain.
Saya selesa dengan dia dan dia sangat hormat semua orang. Sebagai contoh, jika ada babak dengan saya dan dia perlu serang saya, dia akan minta izin tanya dulu dan tak suka hati nak tampar orang. Dia tanya dulu sebelum pegang.
Tapi saya tak tahu la sebab kami bekerja dan isu yang berlaku itu di rumah. Dekat set memang tak pernah ada isu, dia seorang yang humble dan jenis dalam dunia dia.
Chacha yang ditemui di Majlis Pelancaran Trailer, Poster & OST Filem Limbungan, semalam, turut mengakui bahawa dia mengenali Azzahra sebelum wanita itu mendirikan rumah tangga dengan Jay.
Saya terkejut
Ujar adik kepada Emma Maembong ini lagi, dia dan Azzahra pernah bekerjasama dan mereka saling mengikuti Instagram masing-masing.
Saya simpati dan terkejut juga bila baca isu ini. Tapi saya tak nak komen dan tak mahu masuk campur. Saya kenal Azzahra sebelum dia kahwin lagi. Jadi saya tak nak berpihak mana-mana. Azzahra seorang yang sangat baik dan soft spoken. Begitu juga dengan Jay.
Bila jadi macam ni, saya terkejut. Kami dah lost contact dan saya tak pernah tegur dia di Instagram.
Tambah Chacha, dia sejenis tidak suka bergaul atau melepak bersama rakan artis selepas selesai penggambaran.
Saya ni bukan sejenis yang nak melepak dengan rakan-rakan artis. Saya banyak habiskan masa di rumah bersama anak-anak buah. Kalau bosan, saya pergi rumah kakak-kakak saya. Keluarga tempat untuk saya berkongsi segalanya dan saya lebih selesa.
Terdahulu, Azzahra Ahmad tampil mendedahkan punca penceraian bersama bekas suami, Jay Iswazir. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Azzahra menyatakan dirinya dikasari dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta didesak untuk menggugurkan kandungan.