Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentChe Puan Sarimah Ibrahim Dedikasikan Sebuah Tahun Penuh Tenaga Untuk Drama Lelaki...

    Che Puan Sarimah Ibrahim Dedikasikan Sebuah Tahun Penuh Tenaga Untuk Drama Lelaki Itu – ‘Menganggap Watak Sharifah Qaidah Berkompleks’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim akui sangat bersyukur dan teruja apabila ditawarkan oleh pengarah, Erma Fatima untuk berlakon drama Lelaki Itu.

    Come back Sarimah Ibrahim

    Ketika ditemui , Sarimah berkata kemunculannya dalam drama ‘Lelaki Itu’ boleh dikatakan sebagai ‘come back’ buat dirinya setelah hampir bertahun-tahun tidak muncul di kaca televisyen sebagai seorang pelakon.

    Lagi pun dah lama saya tak berlakon drama, kali terakhir adalah filem tahun 2015. Sebelum ni saya tunggu anak saya besar dan sekarang dia dah boleh terima mummy dia nak pergi set.

    Dalam dua tahun sebelum saya terima tawaran ni, saya buat latihan berlakon untuk persediaan diri dan menambah ilmu.

    Bercerita dengan lebih lanjut, Sarimah akui wataknya sebagai Sharifah Qaidah dalam Lelaki Itu sangat kompleks memandangkan dia perlu bermain dengan pelbagai emosi seperti momen kematian, dikhianti, gembira dan sebagainya.

    Sepanjang saya berlakon, emosi saya tak pernah sepenat ini dalam mana mana produksi. Ada satu hari tu, saya ada 8 babak menangis dan gembira. Bila balik, rasa sangat berat tapi satu kepuasan sebab dapat menghayati watak tu.

    Apabila ditanya mengenai persediaannya dalam dunia lakonan, Sarimah berkata dia sudah membuat persediaan termasuk dari segi fizikal dan mental selama setahun sebelum memasuki set penggambaran Lelaki Itu.

    Tenaga saya dah prepare setahun sebelum penggambaran termasuk tidur yang cukup, pergi gym dan sebagaainya.

    Sekadar info, drama Lelaki Itu telah menemui penonton di Slot Samarinda TV3 bermula 19 Mac iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 malam.

    Lelaki Itu menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Nabila Huda, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Hannah Delisha, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

    ALSO READ:  Nabila Razali Seronok Dipanggil ‘Mek Nab’, Suami Nasihat Untuk Jadi Diri Sendiri

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts