Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentChe Ta Komen Isu Aaisyah Didakwa Tidak ‘Enjoy’ Zaman Kanak-Kanak!-“Lifestyle Setiap Orang...

    Che Ta Komen Isu Aaisyah Didakwa Tidak ‘Enjoy’ Zaman Kanak-Kanak!-“Lifestyle Setiap Orang Tak Sama…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Baru-baru ini pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta dilihat mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran ke-9 satu-satunya anak perempuan aktres jelita ini bersama aktor kacak, Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana yang berlangsung meriah.

    9 Biji Kek Untuk Hari Lahir Aaisyah Yang Ke-9

    Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, setiap ruang kediaman Che Ta dihiasi dengan rona merah jambu bersama 9 biji kek yang bertemakan watak animasi Barbie sempena umur Aaisyah yang ke-9 tahun.

    “Setahun sebelum birthday, dia dah bagi tema. Senang kami tak payah pikiaq 🤣.”-kapsyen Che Ta di TikTok

    @rozitachewan1

    Setaun sebelum birthday , dia dh bagi temaaaaaa .. senang kami tk yah pikiaq🤣 . #aaisyahdhiarana #barbie #birthdaygirl #birthdayparty #cheta #rcw #anakcheta #inaicheta

    ♬ Barbie Girl – Tiësto Remix – Aqua & Tiësto

    Kehidupan Aaisyah Idaman Setiap Kanak-Kanak

    Di sebalik kemeriahan majlis sambutan hari lahir satu-satunya puteri kepada Miss Malaysia Intercontinental 1992 ini, salah seorang netizen dilihat meninggalkan komen, menyifatkan kehidupan Aaisyah adalah idaman setiap kanak-kanak.

    “Lifestyle Setiap Orang Tak Sama…”

    Tidak berdiam diri, Che Ta dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan menyatakan bahawa anak perempuannya itu telah mendapat apa yang diidamkan serta berpendapat setiap gaya hidup adalah berbeza bagi setiap individu.

    “Orang yang komen la kot dia tak enjoy life childhood dia. Aaisyah dapat apa yang dia nak, kenapa dia tak enjoy pulak! Dia bestfriend Aaisyah ke macam mana?

    Lifestyle setiap orang tak sama. You ‘enjoy’ cara you, Aaisyah ‘enjoy’ cara dia!!.”-balas Che Ta

    Lain orang, lain latar belakangnya..Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts