Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentChef Wan Akui Dapat Pengajaran Selepas Dikecam Isu Komen Gaun Aishwarya Rai-“Saya...

    Chef Wan Akui Dapat Pengajaran Selepas Dikecam Isu Komen Gaun Aishwarya Rai-“Saya Tak Dapat Tidur Nyenyak…..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan baru-baru ini mencetuskan kritikan segelintir pihak selepas dilihat memberikan komen yang disifatkan mempermainkan agama Hindu terhadap gaun yang digayakan oleh pelakon Bollywood, Aishwarya Rai.

    Sukar Tidur Dengan Nyenyak

    Terkini, Chef Wan menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia dia sukar untuk tidur dengan nyenyak kerana memikirkan kenyataannya yang tular itu.

    “Saya tak dapat tidur nyenyak malam tadi, memikirkan isu Kavadi. Saya terus berfikir, di mana kesalahan saya dengan mengaitkan festival yang penuh warna dan indah itu dengan bahan yang digunakan, yang mana warna-warni dan bersinar..”-tulis Chef Wan

    Tidak Akan Beri Komen Berkaitan Agama & Budaya

    Tambah Chef Wan, dia mengakui kini dirinya mendapat pengajaran untuk tidak sebarang komen yang berkaitan sesebuah agama dan budaya.

    “Di era media sosial saat ini, saya menyedari risiko yang anda ambil apabila anda buat sebarang komen apapun di luar sana yang mudah disalahfaham untuk alasan yang salah.

    Jadi dari sini, saya mendapat pengajaran bahawa lain kali jika ada sesuatu yang berkaitan dengan agama dan budaya, sebaiknya saya tidak beri sebarang komen!.

    View this post on Instagram

    A post shared by chef wan (@_chefwan58)

    “Saya Telah Dihubungi Pegawai Polis…”

    Dalam pada itu, Chef Wan menyatakan bahawa dia bakal memberikan penjelasan di balai polis setelah pulang dari bercuti di luar negara.

    “Sejak laporan polis dibuat tentang saya dikatakan bersikap rasis dan mengejek agama Hindu, saya telah dihubungi pegawai polis tempat laporan berkenaan dibuat dan akan memberikan maklum balas selepas saya pulang dari bercuti.

    Tidak perlu risau, ia hanya formaliti untuk saya dan bakal menjelaskan diri saya di balai.”-tambah Chef Wan

    Apa komen anda?



    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts