Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentChef Wan Beri Respon Selepas Dibandingkan Dengan Khairul Aming-“Atuk Orang Lama, Dah...

    Chef Wan Beri Respon Selepas Dibandingkan Dengan Khairul Aming-“Atuk Orang Lama, Dah Nak Masuk…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan tampil memberi respon selepas terdapat pihak yang membandingkannya dengan usahawan dan pempengaruh terkenal yang sering berkongsi video-video masakan di media sosial, iaitu Khairul Aming.

    Hanya Ketawa Dibandingkan Dengan Khairul Aming

    Chef Wan menerusi hantaran yang dimuatnaik di Instagram, menyatakan bahawa dia hanya ‘ketawa besar’ apabila dibanding-bandingkan dengan Khairul Aming selain berpendapat dirinya sudah tua untuk menghiraukan perkara-perkara yang sia-sia dan membuang masa.

    “Saya ketawa menonton video ini bila seseorang hantar kepada saya. Hari tu semasa mereka buat perbandingan ini pun, they forwarded to me, saya gelak besar and i just brushed off my shoulder.

    Atuk orang lama dah nak masuk zaman purba pun. Layan TikTok pun tak ada masa mahupun ada akaun TikTok tu. Buat apa la kita nak bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing.”-tulis Chef Wan di Instagram

    “Kita Jangan Layan Kerja-Kerja Bodoh…”

    Sedang menikmati hari-hari persaraan setelah 34 tahun menyumbangkan masa dan tenaga dalam kerjaya dalam bidang masakan, Chef Wan menitipkan pesanan buat orang ramai untuk untuk tidak bertegang leher dengan orang lain yang tidak memberikan manfaat.

    “Atuk dah pencen nak! Saya selesa dan menikmati hari persaraan saya. Jika orang berjaya pun kita mesti iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka.

    Kita jangan layan kerja-kerja bodoh, as it will reflect back on ourselves. Yang cerdik akan nampak segala yang betul. Tak perlu kita bertegang leher dengan manusia-manusia yang semua mereka nampak adalah sampah sarap.”-titip Chef Wan

    View this post on Instagram

    A post shared by chef wan (@_chefwan58)

    Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts