Chef selebriti terkenal, Chef Wan memberitahu dia lebih mengutamakan membuat kebajikan dengan harta yang dimilikinya.
Artikel berkaitan: Chef Wan Letih Layan Drama Anak-Anak, Akur Bayar RM150k Kepada Bekas Menantu
Artikel berkaitan: Ibu Chef Wan Meninggal Dunia
Bagi duit elaun adik-beradik
Menerusi perkongsian di TikTok, Chef Wan berkata, dia memberikan wang elaun kepada adik-beradik malah bekas isterinya juga selepas pemergian ibu tersayang.
Adik beradik pun saya bagi elaun. Seorang yang RM3,000, seorang RM2,000, macam duit pencen. Semua orang dapat.
Selepas ibu saya dah meninggal, bekas isteri saya semua dapat. Adik beradik semua saya jaga.
Pada saya, saya seorang yang seimbang. Duit adalah duit. Tadi chef saya pun cakap untuk kanser, ‘banyak Chef bagi dana tahun ini’ saya kata, ‘tak apalah, sedekah’.
Dalam pada itu, jelas Chef Wan, dia mementingkan berbuat kebajikan dan berkongsi rezeki dengan orang yang lebih memerlukan.
Biar kita mati miskin, biar kurang harta tapi kita lebihkan kebajikan. Pada akhirnya bukan tanya berapa rumah yang awak ada kan? Ada lima biji rumah, nak buat apa banyak rumah? Anak semua dah ada dah bahagian masing-masing, cukuplah.
Tak payah beli rumah lagi dah. Duit itu lebih baik pergi travel, bagi kebajikan mana yang perlu. Kena kebajikan yang betul-betul lah. Orang-orang susah, cacat, autistik, buta, rumah tua-tua.