Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentChunky Panday Dibayar Untuk Hadiri Pengebumian- “Mereka Sanggup Bayar Lebih Jika Saya...

    Chunky Panday Dibayar Untuk Hadiri Pengebumian- “Mereka Sanggup Bayar Lebih Jika Saya Menangis”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon Bollywood, Chunky Panday mendedahkan ketika dia memulakan kerjaya lakonan, dia hanya bergantung kepada menghadiri acara untuk menambah wang perbelanjaannya.

    “Semasa baru menjadi pelakon, kami hanya mempunyai satu sumber pendapatan tambahan iaitu menghadiri acara. Sama ada majlis perkahwinan atau hari jadi, saya akan pergi.”

    View this post on Instagram

    A post shared by Chunky Panday (@chunkypanday)

    Ketika muncul di sebuah rancangan realiti lama, Chunky berkata dia tidak pernah menolak pelbagai acara dan tanpa disedari dia telah menerima acara pengebumian. Di acara itu, dia bukan sahaja dibayar untuk menghadirinya tetapi juga ditawarkan wang tambahan jika dia menangis.

    “Pada suatu pagi, saya menerima panggilan daripada penganjur. Dia memberitahu ada satu acara yang hanya 10 minit dan menawarkan nilai wang yang bagus. Kemudian dia meminta saya pakai pakaian putih jika datang.”

    View this post on Instagram

    A post shared by Chunky Panday (@chunkypanday)

    Apabila sampai ke acara tersebut, Chunky mendapati semua tetamu yang berada di sana turut mengenakan pakaian putih. Chunky memberitahu dia tidak tahu apakah acara tersebut sehingga dia terlihat mayat dan menyangka ia mungkin penganjur yang menghubunginya.

    “Bila saya sampai di sana, semua orang berbisik sehingga saya tertanya-tanya apa yang berlaku. Saya melihat ada mayat dan baru sedar yang saya berada di majlis pengebumian. Kemudian penganjur memanggil saya dan berkata wang bayaran ada dengannya.”

    Selepas itu, penganjur yang menghubungi Chunky memberitahu jika dia menangis dalam acara tersebut, keluarga si mati akan membayarnya lebih daripada kadar biasa.



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts