Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCik Epal Bangga Pernah Jadi Isteri Jofliam, Enggan Buka Aib Bekas Suami...

    Cik Epal Bangga Pernah Jadi Isteri Jofliam, Enggan Buka Aib Bekas Suami – ‘Sepanjang Perkahwinan, Dia Tak Curang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Cik EpalCik Epal

    Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

    Tak curang

    Cik EpalCik Epal

    Enggan mendedahkan punca perceraian, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, berkata, dia mengambil pendekatan untuk mengunci mulut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

    Aku tak nak jelaskan panjang lebar sebab aku tak nak sebarang ayat aku dimanipulasikan.

    Cuma aku nak jelaskan, sepanjang perkahwinan kami, Jofliam tak pernah curang.

    Cik Epal berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story miliknya.

    Jaga aib suami

    Cik EpalCik Epal

    Dalam pada itu, Cik Epal berkata, dia tidak mahu membuka aib bekas suami kerana lelaki itu pernah menjadi raja yang bertakhta dalam hatinya sebelum ini.

    Malah, Cik Epal berterima kasih kepada Jofliam kerana menjalankan amanah sebagai suami dan bapa dengan penuh tangungjawab.

    Setiap cerita kita kena dengar dari dua-dua pihak untuk dinilai. Aku memilih untuk tidak bercerita belah aku di public sebab aku tak nak aib bekas suami terbuka.

    Dia pernah menjadi orang yang istimewa dalam hati aku dan dulu dia sebahagian dalam hidup aku.

    Aku bangga dengan semua kejayaan yang dia capai. Aku tak pernah malu orang gelar aku ‘isteri Jofliam’. Aku bangga pernah jadi ‘isteri Jofliam’.

    Dia tetap ayah yang baik bertanggungjawab untuk anak-anak kami, Han dan Yuki.

    Kata-kata semangat

    Cik EpalCik Epal

    Sementara itu, Cik Epal turut menitipkan kata-kata semangat kepada Jofliam untuk terus maju jaya dalam apa jua yang dilakukan.

    Kepada papa Han dan Yuki, saya mahu melihat awak menang dan berjaya meskipun tanpa saya.

    Capai semua keinginan yang awak mahukan dan jadi insan seperti mana yang awak impikan.

    Saya mahu melihat awak berjaya, hidup dalam keadaan yang baik, saya sentiasa bangga dengan awak.

    Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

    ALSO READ:  Fattah Amin Dapat Layanan Istimewa Oleh Fazura, Ini Komen Fadzil Zahari Mengenainya

    Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts