Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCik Epal Buat ‘Report’ Polis, Minta Dewi Pulangkan Beg Harga RM12k –...

    Cik Epal Buat ‘Report’ Polis, Minta Dewi Pulangkan Beg Harga RM12k – ‘Aku Sedekah Duda Aku Ja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas isteri kepada pempengaruh dan usahawan, Jofliam iaitu Cik Epal memaklumkan dirinya telah membuat laporan polis berhubung beg tangan berjenama Celine berharga RM12,000 yang telah diguna pakai oleh staf bekas suaminya iaitu Dewi.

    Cik Epal ‘report’ polis

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06)

    Butiran mengenai laporan polis itu telah dikongsikan Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud menerusi satu hantaran di Instagram (IG).

    Menurut Cik Epal, laporan polis dibuat adalah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pihak guaman bagi tujuan siasatan lanjut.

    Saya percaya Emira Delyati Dewi telah mengambil dan menggunakan barang beg tangan saya dan kemudian cuba melupuskan barang tersebut dengan mengumumkan untuk memberikan kepada orang lain tanpa kebenaran saya.

    Tujuan saya buat laporan polis adalah untuk rujuk pihak berkenaan dan pihak guaman dan siasatan lanjut.

    Pulangkan beg tangan aku!

    Di ruangan kapsyen, Cik Epal turut mempertikaikan tindakan Dewi yang berhajat mahu memberikan beg tangan mewah itu kepada orang lain sedangkan dirinya bukan pemilik kepada barang tersebut.

    Perempuan hamak beg tangan orang kepit celah ketiak dia ini jangan bagi muka.

    Pulangkan beg tangan aku. Aku yang layak buat ‘giveaway’ aku, bukan kau perempuan weh.

    Aku sedekah duda aku ja, aku tak pernah sedekah beg tangan aku. Dasar tak tahu malu!

    Bukan itu sahaja, Cik Epal menerusi hantaran di IG Story turut mengesahkan bahawa beg tangan mewah berwarna coklat sudah tiada lagi di rumah bekas suaminya.

    Sebelum ini, Cik Epal meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui barang peribadinya telah digunakan tanpa izin.

    ALSO READ:  Konsert Jiwa: Epilog 2024 Bakal Bawa Yuna, Spider, 6ixth Sense & Fabio Asher Sepentas, 80% Tiket Sudah Terjual!

    Bagaimanapun, Jofliam tampil menjelaskan dengan mengakui dia telah memberi beg tersebut kepada Dewi atas sebab tanda ‘rebel.’

    Imbas kembali, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

    Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    Posting IG Story Cik Epal

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts