Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCik Epal Dedah ‘Dilamar’ Para Isteri Untuk Dijadikan Madu – ‘Ada Yang...

    Cik Epal Dedah ‘Dilamar’ Para Isteri Untuk Dijadikan Madu – ‘Ada Yang Beritahu Gaji..Maaf, Aku Tak Nak Diduakan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh yang dikenali sebagai Cik Epal mengakui tidak serik berkahwin lagi meskipun pernah melalui kegagalan dalam rumah rumah tangga baru-baru ini.

    ‘Nak rasa hidup bujang dulu’

    Menerusi sesi soal jawab di Instagram Stories, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud memberitahu tidak menolak sekiranya bertemu jodoh kembali namun buat masa ini, dia mahu memberi sepenuh fokus terhadap dirinya dahulu.

    Nak rasa hidup bujang dulu, boleh benda yang aku tak boleh buat masa berkahwin dulu. Cuma kalau ada jodoh lebih baik akan datang, aku tak serik untuk berkahwin.

    Aku suka alam perkahwinan. Perkahwinan ibarat ladang pahala, mudahnya mencari pahala apabila sudah berumah tangga.

    Cik Epal turut mendedahkan ada beberapa lelaki cuba berkenalan dengannya malah ada di antara para isteri yang mahu menjadikannya sebagai madu mereka.

    Ada yang bagi gambar, bagi tahu gaji berapa. Masalahnya perempuan yang nak jadikan aku madu dia pun ada. Tapi maaf, aku tak nak bermadu. Tak nak rasa diduakan.

    Tiada peluang kedua

    Apabila ditanya sama ada dia mahu mencari pasangan berstatus duda atau bujang, Cik Epal tidak meletakkan sebarang syarat tetapi mahu lelaki yang matang dan menghargai dirinya.

    Dalam pada itu, Cik Epal berkata, dia lebih memilih untuk berkenalan dengan orang baharu berbanding memberi peluang kedua kepada insan yang pernah melukai hatinya.

    Hati aku sangat terluka, kepercayaan dah tak ada. Memang susah nak terima balik. Ibarat kaca retak pecah seribu. Tak akan bercantum kembali.

    Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

    Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.

    ALSO READ:  #SFMM39: Sekali Lagi AJL Jadi Saksi Persaingan Aina, Ernie & Marsha, Ini 10 Lagu Bakal Berentap Merebut Gelaran Juara

    Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts