Pempengaruh Cik Epal mendedahkan bahawa dia ada menerima tawaran lakonan daripada pengarah.
Bakal berlakon?
Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berkongsi tentang perkara tersebut pada hantaran terbaharunya di TikTok.
Walau bagaimanapun, ibu kepada dua orang anak itu berkata, dia akan menerima sebarang tawaran selepas selesai iddah.
Ada pengarah nak jadikan aku pelakon lah, cameo lah..aku okay sahaja nak terima.
Jenama yang nak ajak kolaborasi boleh je DM (direct message) tapi aku akan beraksi selepas habis iddah okay.
Kang duda aku meroyan pula cakap aku tak ada maruah. Lepas iddah aku mendunia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat dan akan sentiasa menyokong Cik Epal.
Sebelum ini, bekas suami Cik Epal iaitu Jofliam memberi teguran agar dia menjaga maruah diri tatkala berada dalam tempoh iddah.
Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.
Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.