Pempengaruh sensasi, Cik Epal menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat pemeriksaan ke atas perniagaan Pizza Wagyu milik bekas suaminya, Jofliam.
LHDN sila siasat
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Cik Epal mendakwa keuntungan yang diterima Jofliam untuk bisnes pizza wagyu sekitar RM600,000 sebulan.
Pizza dia (Jofliam) untung. Gaji pekerja dia bayar sehari dalam RM600 ke RM1,500 sehari.
Sehari buat 500 pizza. 500 kali RM150 untung jualan dapat RM75,000. Buat setiap sabtu dan ahad. Sebulan dapat dalam RM600,000 untung jualan.
Dalam hantaran itu, Cik Epal meminta pihak LHDN untuk segera menyiasat bekas suaminya serta dua lagi yang terlibat iaitu Dewi dan Adam.
Dalam pada itu, Cik Epal juga menyatakan dia mengenali saksi pekerja yang menerima gaji sekitar RM600 hingga RM1500 sehari.