Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 9, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCik Pia Dakwa Bosskay Dua Tahun Culas Bayar Nafkah Anak-Anak, Sebulan RM3,500...

    Cik Pia Dakwa Bosskay Dua Tahun Culas Bayar Nafkah Anak-Anak, Sebulan RM3,500 Tanggung Perbelanjaan – ‘Saya Bagi Dia Peluang Datang & Bincang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Cik PiaCik Pia

    Pempengaruh dan usahawan, Cik Pia mendakwa bekas suami, Bosskay tidak pernah menjenguk anak-anak semenjak mereka bercerai.

    [VIDEO] Tash Yong & Boss Kay Timang Bayi Lelaki – ‘Tak Pernah Terbayang Akan Berjaya Bersalin Normal Ditemani Suami Tercinta’

    Tak jenguk anak

    Cik PiaCik Pia

    Lebih kasihan lagi, Cik Pia atau nama sebenar Nor Sufia Johari memberitahu, anak bongsunya yang kini berusia dua tahun tidak pernah berjumpa dengan bapanya sejak dilahirkan.

    Sehingga kini bekas suami memang tiada melawat anak-anak, hubungi saya berkenaan anak-anak pun tiada.

    Anak saya yang bongsu masuk dua tahun langsung tak pernah jumpa bapa dia. Yang Arjuna usia empat tahun itu ada tanya fasal bapa dia.

    Sebagai ibu saya tidak mahu wujudkan rasa benci dalam diri anak, jadi saya beritahu mereka bapa kerja.

    Minta mereka doakan bapa, lagi pula anak-anak masih kecil tak faham apa itu perpisahan. Agak mencabar untuk saya.

    Cik Pia berkongsi perkara itu ketika ditemui OhBulan di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Isu nafkah

    Cik PiaCik Pia

    Selain itu, Cik Pia turut mendakwa bekas suami juga culas membayar nafkah dan dia terpaksa menanggung sendiri belanja anak-anak yang dianggarkan RM3,500 sebulan.

    Enggan membawa isu nafkah ke mahkamah, Cik Pia bagaimanapun masih berharap bekas suami datang untuk berbincang.

    Saya tanggung seratus peratus nafkah anak, tiada apa-apa perkembangan daripada pihak sana (Bosskay). Saya usahakan yang terbaik.

    Saya belum failkan nafkah kerana dalam hati ini tidak timbul rasa benci atau dendam, saya masih lagi ada belas kasihan kerana kami pernah hidup bersama.

    Saya ‘hold’ dahulu isu nafkah kerana mahu berbincang secara baik. Saya faham keadaan dia, banyak faktor yang saya ambil kira. Saya bagi dia peluang untuk datang dan bincang.

    Secara kasar dalam lingkungan RM3,000 hingga RM3,500 untuk tanggung anak-anak.  Alhamdulillah, keluarga banyak membantu. Saya minta tolong adik jaga anak-anak, mereka di kampung.

    Kemelut rumah tangga Cik Pia dan Bosskay menjadi perhatian sejak Januari 2023 sebelum mereka disahkan bercerai.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ruhainies Terima Sejambak Bunga Selepas Pulang Dari Mahkamah – ‘Came Home To This’

    Selain Cik Pia, Bosskay juga telah menceraikan isteri pertama. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama dan Cik Pia, Bosskay dikurniakan empat cahaya mata.

    Boss Kayy kemudian mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama pelakon Tash Yong pada April 2023 dan mempunyai seorang cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts