Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Cikgu Pegang Tangan Saya Sambil Menangis & Kata Mama Dah Meninggal Dunia...

    ‘Cikgu Pegang Tangan Saya Sambil Menangis & Kata Mama Dah Meninggal Dunia Disebabkan Kemalangan Helikopter’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Anak kepada arwah Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, semalam, berkongsi mengenai perasaan mereka sebaik sahaja mengetahui berita tersebut.

    Cikgu bawa ke bilik guru

    Menerusi laporan Harian Metro, Nur Qistina Awliya Mohd Azinoor berkata, pada waktu itu dia bersama kembarnya, Nur Qistina Auni berada di kelas masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan TLDM.

    Tiba-tiba cikgu bawa ke bilik guru, minta saya bersabar. Saya cuba tanyakan kenapa, mereka pegang tangan saya sambil menangis sebelum beritahu mama sudah meninggal dunia. Kawan saya panggil, dia cakap… kau kena sabar tau. Sebaik kami tiba bilik guru, ramai cikgu dah ada. Mereka pegang tangan saya sambil menangis.

    Cikgu kata mama dah meninggal dunia disebabkan kemalangan helikopter.

    Berkongsi mengenai kenangan semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Nur Qistina Awliya berkata, ibunya menunjukkan sikap yang aneh apabila terlalu teruja merakam gambar pada pagi raya bersama-sama.

    Papa pun sampai cakap… tengok mak hang tu excited sangat. Lepas itu, mama cakap mana tahu dengan mama ini jadi yang terakhir, boleh simpan buat kenangan.

    Tambah Qistina, ibunya seorang yang penyayang dan akan membeli apa-apa sahaja yang diminta oleh mereka.

    Mama pesan supaya jaga adik baik-baik sebab kami pergi sekolah dengan berjalan kaki memandangkan jarak rumah ke sekolah sangat dekat.

    Mama memang selalu terbabit sebagai jurufoto di udara seperti sambutan Hari Kebangsaan, ini adalah kali pertama mama turut serta dalam Hari Ulang Tahun TLDM sejak bertugas di Lumut pada 2017.

    Semasa sampai di hospital tadi, doktor beritahu jenazah mama dalam keadaan sempurna, hanya bahagian rahangnya sahaja yang patah.

    Nur Qistina berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di kampung mereka di Yan, Kedah sebaik urusan bedah siasat dijangka selesai lewat tengah hari esok.

    ALSO READ:  Shila Amzah Cemas Anak Sulung Hampir Pitam Selepas Bermain Panas – ‘Saya Lihat Dia Ada Talasemia Macam Saya’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts