Baru-baru ini tular tentang pencipta kandungan Liana Beep Beep tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dilemparkan seorang Youtuber di dalam sebuah rancangan podcast.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Youtuber Didakwa ‘Kaki Spin’, Tak Boleh Terima Cinta Ditolak Liana Beep Beep?
Permohonan maaf secara terbuka
Menerusi hantaran di TikTok, podcast Cikidot Channel tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak Liana dan keluarga serta Youtuber, Syedot Asmr.
Menurut pihak Cikidot, permohonan maaf tersebut dibuat kerana kandungan mereka menjadi punca timbulnya spekulasi dan kecaman terhadap mereka berdua.
Merujuk kepada video yang sedang tular antara Liana dan Syedot Asmr di podcast YTJT Cikidot Channel, kami dari pihak Cikidot meminta maaf kerana telah memuat naik video yang mendatangkan spekulasi, kecaman dan tohmahan kepada pihak Liana dan keluarga, serta pihak Syedot Asmr disebabkan oleh video posting daripada kami.
Dalam pada itu, Cikidot turut menurunkan video temu bualnya bersama Syedot Asmr bagi mengelakkan isu berkenaan semakin berlarutan.
Kami mengambil keputusan untuk menurunkan video yang telah dimuat naik untuk mengelakkan isu ini daripada terus berlarutan.
Kami ambil maklum atas kejadian ini sebagai pengajaran kepada kami untuk lebih berhati-hati sebelum membuat apa-apa posting selepas ini. Diharapkan isu ini dapat dihenti dan diselesaikan secara baik.
Malah, pihaknya menyeru sesiapa yang mempunyai video itu untuk melakukan perkara yang sama.
Kami memohon agar pihak lain turut menarik semula video yang telah dimuat naik di mana-mana platform untuk hentikan daripada penyebaran yang berterusan.
Terdahulu, menerusi video podcast tersebut, YouTuber berkenaan berkata dia pernah menyimpan perasaan terhadap Liana dan seakan memberi bayangan Liana itu adalah jodohnya.
YouTuber tersebut juga berkata mereka sering keluar bersama dan kedua-dua mereka sangat serasi bersama. Meskipun YouTuber itu tidak menyebut nama Liana dalam podcast tersebut, namun ciri-ciri yang dinyatakan olehnya sangat jelas menunjukkan ianya Liana.
Tidak berdiam diri, Liana mendedahkan segala bukti berkenaan YouTuber itu termasuk perbualan mereka yang jelas menunjukkan Liana sudah pun menolak cintanya.