Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment'Cita-Cita Sebenar Saya Hanya Diketahui Oleh Keluarga Saya' - Linda Onn

    ‘Cita-Cita Sebenar Saya Hanya Diketahui Oleh Keluarga Saya’ – Linda Onn

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan juga penyampai radio, Linda Onn mendedahkan dia mempunyai impian untuk menjadi seorang penyampai radio sejak kecil lagi.

    ‘Dari kecil saya suka radio’

    Menerusi temu bual eksklusif bersama program Show Dalam Bilik, Linda berkata cita-citanya untuk menjadi penyampai radio ketika itu hanya keluarga sahaja yang tahu.

    Menurut Linda, sejak kecil lagi dia sudah menyukai radio, malah sanggup untuk merakam suara penyampai radio menggunakan kaset.

    Bila cikgu tanya, sudah tentu jawapan yang budak-budak selalu jawab, doktor. Tapi cita-cita sebenar saya hanya keluarga saja yang tahu, saya nak jadi penyampai radio.

    Saya memang dari kecil suka radio, jadi ini yang saya buat bila saya dengar radio. Waktu itu saya duduk di Johor, saya dapat dengar siaran Singapura.

    Saya suka dengar radio tapi saya hanya suka bila penyampai itu bercakap. Jadi, kaset itu, saya guna hanya rakam bila penyampai radio bercakap, lagu habis, penyampai mula bercakap saya terus rakam balik.

    Linda mendedahkan abangnya turut memberikan nasihat untuk sentiasa berlatih dan menjadi diri sendiri sekiranya dia mahu menjadi seorang penyampai radio.

    Tambah penyampai radio yang berusia 46 tahun itu, dia sudah berlatih dan memberanikan diri untuk bercakap sejak umurnya 11 tahun lagi.

    Bila dah habis show dia, saya putar balik, saya dengar dan ulang. Selepas itu, abang ada cakap kalau nak jadi penyampai radio, jangan tiru orang. Berlatih dan jadi diri sendiri.

    Jadi, saya dah berlatih dari umur 11 tahun. Dekat sekolah saya beranikan diri bercakap.

    Waktu 12 tahun, saya jadi ahli jawatan kuasa dekat taman perumahan saya tinggal, mereka buat mesyuarat apa semua.

    Semua bagi pendapat buat hari sukanlah apa semua dan saya beri cadangan apa kata buat sesi penyampai radio dan mereka bersetuju.

    Orang lain sibuk bersukan tapi saya sibuk jadi penyampai radio dekat tepi.

    Dalam pada itu, Linda turut menceritakan bagaimana dia bermula untuk menjadi seorang penyampai radio.

    Waktu itu setahun lagi saya nak ambil SPM, ada seorang itu nampak dan cakap ‘jom jadi DJ radio’. Tapi ketika itu saya cakap tak boleh sebab tahun depan SPM.

    Abang itu suruh saya cari lepas habis SPM dan bila saya dah habis SPM, dia datang dan ajak saya masuk radio.

    Jadi, disitulah saya bermula jadi DJ radio.

    Ingin tahu lagi apa pendedahan secara eksklusif bersama Linda Onn? Jom saksikan video penuh Show Dalam Bilik bersama hos Amat Larbsib di Youtube rasmi

    ALSO READ:  Pemuda Asal Kedah Berhasrat Hadiahkan Ibu Kaki Palsu Jika Menang Calpis Soda OIAM – ‘Saya Mahu Ubah Hidup Insan Syurga Ini’

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts