Putera sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim berkongsi rasa kesal dengan tindakan segelintir pihak terhadap panggilan kepada dirinya itu.
Menerusi hantaran di laman Thread, Danish menyatakan bahawa segelintir individu masih menggelarnya sebagai ‘anak Norman Hakim’ dan ‘anak Abby Abadi’ berbanding memanggil dengan namanya yang sebenar.
“Weh weh tu anak Norman Hakim’, ‘Tu anak Abby Abadi kan?’.
C’mon laa mak ayah aku dah bagi aku nama kot.””-tulis Danish di Thread
“Sebab Kau Tak Terkenal Pun Dik…”
Hantaran Danish dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang sempat menitipkan pesanan agar dirinya bersyukur dan bekerja keras jika mahu dikenali ramai.
“Sebab yang popular tu ibubapa awak, bukan awak.”
“Itu menunjukkan awak tak terkenal dan bukan siapa-siapa. Jadi takde siapa nak bercakap pasal awak. Tapi parents awak orang terkenal dan orang bercakap tentang mereka.”
“Kesian kau dik, belum apa-apa lagi dah rentung dengan netizen.”
“Sebab kau tumpang glamour parents bang.”
“Jangan act macam ni bro, patut bersyukur ada orang kenal. Be humble.”
“Kerja keras sampai orang kenal awak sebagai awak. Sekarang awak bukan siapa-siapa lagi.”
“Sebab kau tak terkenal pun dik, bersyukur la ada juga kenal kau asbab mak pak kau. takde yang salah pun, Just iyakan je, ‘iya aunty, saya anak Abby Norman’.”
Sekadar info, Abby Abadi dan Norman Hakim pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 2008.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Danish, Marissa Dania dan Maria Danisha.