Bagai ‘pisang goreng panas’, BLACKPINK Jennie kini muncul dalam rentetan kempen ‘Guirlande’ milik rumah fesyen Jacquemus. Kempen kali ini nampak lebih unik dan segar apabila Jennie muncul selepas Kendall Jenner tampil untuk bahagian pertama November lalu.
View this post on Instagram A post shared by JACQUEMUS (@jacquemus)
Istimewanya dalam kempen ini, Jennie berswafoto bersama-sama beberapa ekor anjing dengan menayangkan beberapa pakaian serta aksesori terbaru koleksi Jacquemus.
Foto – @jacquemus (IG)
View this post on Instagram A post shared by JACQUEMUS (@jacquemus)
Untuk kempen ‘Guirlande’, Jacquemus mengeluarkan beberapa kepingan yang sangat moden dengan warna klasik Krismas seperti hijau tua, emas, silver dan merah terang.