Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentConfirm Goyang! Artis Dangdut Malaysia & Indonesia Bakal Bergabung Dalam Satu Pentas...

    Confirm Goyang! Artis Dangdut Malaysia & Indonesia Bakal Bergabung Dalam Satu Pentas Ogos Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mission Sight Sdn Bhd baru-baru in telah mengumumkan perincian mengenai Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia. Konsert akan datang iaitu menghimpunkan bintang dangdut popular Indonesia dan Malaysia di atas satu pentas, pada 12 Ogos 2023.

    Bakal berlangsung di Pusat Ekuastrian Bukit Kiara, penonton bakal disajikan persembahan selama dua jam itu menampilkan Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena dari Indonesia. Dari Malaysia pula menampilkan dua penyanyi dangdut yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Ani Maiyuni dan Baby Shima.

    Memeriahkan lagi konsert ini turut menampilkan artis dangdut ‘legend’ tanah air Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram.

    Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena dari Indonesia.

    Riezman Khuzaimi mewakili Mission Sight berkata konsert ini membawa misi untuk mengintegrasikan dangdut ke dalam masyarakat moden dan industri muzik.

    “Kami mahu memperkenalkan semula genre dangdut ke dalam pasaran semasa dan pada masa akan datang. Dangdut tidak sepatutnya dijadikan muzik untuk orang-orang tertentu sahaja tetapi boleh dinikmati oleh semua.

    “Lihat sahaja pada zaman kegemilangan Amelina, Mas Idayu dan Ramlah Ram…lagu-lagi mereka dinikmati dan diterima semua,” katanya.

    Riezman Khuzaimi mewakili Mission Sight berkata konsert ini membawa misi untuk mengintegrasikan dangdut ke dalam masyarakat moden dan industri muzik.

    Tambah Riezman lagu, Mission Sight juga mahu memperkenalkan bakat dan pelapis baru genre dangdut.

    “Di negara kita tidak ramai artis berkembang dengan genre ini (dangdut). Jadi, kami gabungkan bintang dari kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia untuk menggegarkan kembali industri dengan muzik dan lagu-lagu dangdut.

    “Dalam pada itu, kami berasakan dengan penganjuran konsert ini nanti dapat menarik peminat-peminat dari negara serumpun seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei untuk menonton artis kegemaran mereka membuat persembahan.

    “Secara tidak langsung acara ini dapat mengembangkan industri pelancongan negara juga dan kami beradakan ia cara pemasaran baharu untuk industri pelancongan dan muzik,” katanya.

    Sedia Dikecam

    Dalam pada itu kata pelakon, pengarah serta penerbit berusia 53 tahun itu, pihaknya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk dikecam dan acara tersebut dipolitikkan sesetengah pihak.

    “Ya, tidak dinafikan kebarangkalian itu berlaku dan mungkin akan ada yang mendesak agar konsert ini dihentikan.

    “Kami sebagai penganjur sudah memberi garis panduan kepada para artis dan mereka faham dan bersetuju untuk mematuhinya.

    “Saya rasa tidak adil jika peniant dihalang untuk berhibur kerana negara kita, negara demokrasi,”katanya.

    Mengulas lanjut, Riezman berkata dia terpanggil untuk menganjurkan konsert selepas melihat banyak konsert yang melibatkan artis tempatan dan antarabangsa diadakan selepas pasca pandemik Covid-19.

    ALSO READ:  Kes Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun, Pekebun Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

    Ditanya mengenai karier dalam lakonan, Riezman berkata setakat ini dia mahu memberikan fokus kepada konsert terlebih dahulu.

    “Buat masa ini saya mahu fokus kepada konsert ini dahulu. Sekarang saya agak sibuk berulang alik dari Malaysia ke Jakarta untuk konsert ini.

    “Ketika ini saya tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk menerbitkan sebarang drama atau filem daripada produksi saya,” katanya.

    Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia bakal menampilkan selebriti versatil Malaysia, Didie Alias sebagai hos bersama Shandrra Rose dari Indonesia. Penjualan tiket di zom duduk bermula dengan harga di RM658 (VIP), RM598 (Power), RM458 (Zon A), RM398 (Zon B). Sementara itu di zon berdiri pula RM358 (Zon C), RM258 (Zon D), RM158 (Zon E dan F). Pembelian tiket boleh dibuat di www.ticket2u.com.



    Credit: #ApaPlan – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts