Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCorat-Coret Konsert Nora Ariffin: Tribute Untuk Arwah Suami, Kongsi Pentas Dengan Anak-Anak,...

    Corat-Coret Konsert Nora Ariffin: Tribute Untuk Arwah Suami, Kongsi Pentas Dengan Anak-Anak, Ziana Zain & 700 Peminat Hadir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tanggal 18 Disember yang lalu merupakan hari paling bersejarah buat penyanyi, Datuk Nora Ariffin kerana beliay telah berjaya mengadakan ‘Konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey’ di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Bandar Utama.

    Berikutan daripada itu, Jom kongsikan corat-coret sepanjang konsert tersebut berlangsung.

    Tribute untuk arwah suami

    Konsert yang berlangsung lebih kurang dua jam itu menyaksikan Nora menyanyikan semua lagu hitsnya. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Nora pada malam tersebut ialah, Rentak Jantung, Debaran, Dipersimpangan Dilema, Jentayu, Dendam Dalam Diam, Naluri, Hanya Satu, Menyemai Cinta Bersamamu, Interlude, Desa Tercinta, Materialistik, Selamnya Bahagia, Kenangan Terakhir, Sandiwara, Samudera, Joget Kelantan dan Sabar.

    Paling mencuri tumpuan, Nora tidak dapat menahan sebak ketika segmen tribute untuk arwah suaminya iaitu Johan Nawawi. Menurut Nora, dia tidak dapat menahan air mata ketika kali pertama melihat ‘sample’ video untuk segmen AI (Kecerdasan Buatan) bersama Allahyarham suaminya.

    Tambah Nor, segmen istimewa itu memang dibuat khusus untuk mengembalikan kehadiran Allahyarham yang juga tulang belakangnya dalam kerjaya seni selama ini.

    Saya mahu semua penonton merasai kehadiran arwah dalam konsert ini. Dia insan yang mendorong saya sejak awal lagi. Lagu Pinta yang dinyanyikan arwah itu memang lagu duet dan kita buat dengan menggunakan teknologi yang ada untuk sampaikan mesejnya bersama kita dalam konsert ini.

    Ujar Nora, segmen tersebut merupakan ideanya bersama pasukan produksi konsert berkenaan.

    Pengarah persembahan, Jennifer Thompson meminta supaya saya tidak emosi sangat kerana ia boleh mengganggu persembahan. Pada mulanya, pemilihan lagu dalam konsert ini banyak lagu sedih tapi Jennifer beritahu konsert ini adalah untuk menceritakan perjalanan karier seni saya selama 30 tahun. Kali pertama, saya tengok rakaman itu saya menangis tapi bila berlatih dengan ‘minus one’ saya tukar kesedihan itu dengan niat melakukan semua ini untuk arwah.

    Jelas Nora, dia sudah meminta izin daripada suaminya yang sekarang untuk melakukan tribute tersebut.

    ALSO READ:  Ringgit & Ekonomi Malaysia Makin Kukuh! Apa Rahsianya? Meh Kami Bongkar!

    Kongsi pentas dengan anak-anak

    Di samping itu, Nora turut mengundang anak-anaknya untuk menyanyi bersama. Pada mulanya, Nora menjemput anaknya Putri Dahlia untuk duet lagu ‘Old Love’. Selepas itu, baru dia mengundang anak-anaknya yang lain untuk menyanyi lagu yang ditulis oleh arwah Johan buat mereka sekeluarga.

    Segmen ini jelas membuktikan anak-anak merupakan sumber kekuatan Nora untuk meneruskan kerjaya seninya. Putri sempat berkata kepada Nora bahawa arwah pasti gembira melihat kekuatan yang ada pada dirinya. Ini kerana, arwah mempunyai hasrat untuk mengadakan konsert seperti ini. Tambahan, ramai kenalan arwah turut hadir pada malam tersebut.

    Ziana Zain, ahli keluarga dan peminat hadir beri sokongan

    Berbicara mengenai penonton, seramai 700 peminat setia Nora telah membanjiri Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) pada malam tersebut. Selain peminat, rakan artis seperti Ziana Zain turut hadir memberi sokongan. Menerusi pemerhatian pihak ahli keluarga Nora seperti abangnya turut hadir. Ujar Nora, dia mahu semua ahli keluarga hadir namun, disebabkan keadaan banjir di Kelantan mereka tidak dapat datang ke konsertnya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts