Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCovid-19 Buka Peluang Linda Ceburi Bidang Makanan

    Covid-19 Buka Peluang Linda Ceburi Bidang Makanan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sejak Covid-19 melanda dunia beberapa tahun lepas, ekonomi negara seakan-akan lumpuh, tak kurang juga ramai yang hilang pekerjaan sekaligus terjejas mata pencarian.

    Turut menerima tamparan hebat berikutan pandemik ini adalah penggiat industri perkahwinan dan perancangan majlis yang kebanyakannya terpaksa ditutup.

    Haslinda Hamzah, 47,  yang dulunya seorang pemilik butik andaman pengantin, Linda Bridal yang menawarkan servis penyediaan pelamin, busana, katering dan solekan, merangkap perancang acara dan perkahwinan turut menerima tempias Covid-19 sehingga terpaksa menutup perniagaannya.

    Memulakan kerjaya sebagai kerani sementara dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan berhijrah ke institusi kewangan (MBF Finance Berhad) sebagai account clerk sebelum melangkah ke sebuah syarikat minyak antarabangsa dan mengakhiri kerjayanya sebagai Business Services Specialist di Chevron Malaysia Limited, ibu kepada 3 orang anak ini nekad untuk meletakkan jawatan setelah hampir 15 tahun bekerja demi minat yang mendalam dalam bidang perniagaan.

    Berikutan penutupan kedai-kedai makan disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau tempoh berkurung, ia sekaligus telah membuka banyak peluang perniagaan terutamanya industri makanan homemade memandangkan rakyat Malaysia ketika itu menghabiskan masa sepenuhnya di rumah.

    Di sinilah timbulnya ilham wanita yang merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Pengurusan ini untuk memulakan perniagaan sambal hitam Pahang bagi menggantikan perniagaan andaman pengantinnya.

    Sumber terhad, harga barang naik & saingan dari selebriti, cabaran utama Sambal Linda’s

    Bercakap tentang cabaran, jelas Haslinda, cabaran utama dalam penyediaan sambal terutamanya sambal hitam Pahang ialah ketiadaan sumber belimbing buluh.

    Ditambah pula dengan pergerakan yang agak terbatas semasa musim Covid-19 menyukarkannya untuk mencari pembekal belimbing buluh menyebabkan penghasilan produk sambalnya sedikit perlahan walaupun permintaan adalah sangat menggalakkan.

    ALSO READ:  Zainol Macwilson Tak Sabar Nak Jumpa Inara Raisa, Minta Zahirah & Aiman Hati-Hati Dengan ‘Orang Toksik’

    Peningkatan harga barang-barang juga memaksa para peniaga sepertinya untuk menaikkan harga produk mengikut keadaan ekonomi semasa.

    Di samping itu, sebagai peniaga kecil, beliau juga menghadapi kesukaran dalam menandingi selebriti-selebriti terkenal tanah air yang juga bergiat cergas dalam bidang perniagaan yang memasarkan produk yang sama.

    Tapi semua itu tidak mematahkan semangat Haslinda dalam menghasilkan sambal-sambal 100% home-made dengan kualiti dan keaslian rasa yang terjamin.

    Tambah Haslinda, beliau berharap dalam 5 tahun akan datang Sambal Linda’s akan terus berkembang maju dan semakin utuh di pasaran tempatan di samping dapat menguasai pasaran Asean seperti Brunei terutamanya dan mungkin juga ke taraf antarabangsa.

    Untuk yang berminat untuk mendapatkan variasi sambal yang enak dan berkualiti, sila layari Instagram dan Tiktok Sambal Linda’s atau hubungi beliau di talian 012-2926777.

    Mahu memaparkan perniagaan anda di lebih 30 jenama? Media Prima memperkenalkan #MariLokal bagi membantu PKS meningkatkan perniagaan. Emel ke [email protected] untuk mengetahui lebih lanjut.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts