Tersingkir minggu kelima, peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Alya Mardien mengakui akan merindui segala kenangan sepanjang berada dalam program realiti tersebut.
Rindu momen CSOIAM
Alya, 19, memberitahu yang akan paling dirindui adalah sesi latihan bersama guru vokal, Sarah Ismail dan band AG Coco.
Perkara yang paling saya rindui adalah sesi latihan dengan cikgu Sarah Ismail. Dia banyak membantu saya dari segi persembahan, saya sayang sangat dekat dia.
Kemudian sesi latihan dengan band AG Coco pun akan saya rindui. Seronok betul setiap kali momen itu terjadi.
Selepas ini tiada lagi semua itu, rindu nak gurau dengan kawan-kawan. Ramai sangat orang baik saya jumpa dalam program ini.
Alya berkongsi perkara itu ketika di sidang media konsert minggu keempat CSOIAM yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam, pada Ahad.
Reda tersingkir
Mengulas mengenai penyingkiran, gadis asal Sabah itu akur dengan keputusan juri dan markah penonton yang tidak menyebelahinya.
Saya reda apabila langkah terhenti pada minggu keempat. Saya juga akur apabila tidak berjaya meraih markah daripada penonton, voting penonton rendah.
Saya tidak salahkan penonton, saya anggap tiada rezeki untuk ke minggu seterusnya. Saya bersyukur sudah menjadi sebahagian daripada CSOIAM.
Terdahulu, Alya menyampaikan dua buah lagu secara medley, âJangan Mati Rasa Ituâ dan âBukan Lagi Kitaâ pada konsert minggu keempat CSOIAM.
Selain Alya, langkah Rezza Shah juga terhenti dan mereka gagal melangkag ke minggu seterusnya.
CSOIAM kali ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.
Konsert minggu kelima turut diserikan dengan persembahan penyanyi undangan Mimifly yang mempersembahkan lagu terbaharunya berjudul âAngkatâ.
Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.
Bagi undian pula, boleh ke www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.