Peserta Top 6 Calpis Soda One In A Million iaitu Kai Deva memberitahu dia akan berusah dan bekerja keras untuk mengubah nasib keluarganya.
Nak keluar lagu
Menerusi temu bual bersama , Khai berkata, dia sudah mempunyai perancangan selepas program tersebut tamat. Menurut Khai, dia mahu mengeluarkan lagu dan cuba untuk menceburi bidang perniagaan.
Perancangan saya selepas CSOIAM, saya tak nak tunggu lama. Nak keluar terus lagu baharu. Beberapa syarikat rakaman dan menghubungi saya cuma, saya belum buat keputusan. Saya akan berusaha keras untuk mengubah kehidupan keluarga kecil saya. Anak saya semakin hari semakin besar, saya kena rancang kerjaya sebaik yang mungkin.
Kalau ada rezeki sampai ke peringkat akhir atau minggu depan, sekurang-kurangnya orang di luar sana dah kenal saya. Saya nak cuba buat bisnes juga supaya kehidupan keluarga berubah. Tak nak mereka hidup susah.
Disoal pula mengenai kecaman netizen terhadap isterinya kerana menari di atas pentas CSOIAM minggu lalu, Kai secara ringkas menjawab dia menerima segala kecaman tersebut dari sudut yang positif.
Mungkin sesetengah pihak pandang serong apabila ada lelaki dan perempuan menari terkinja-kinja pegang tangan. Saya nak jelaskan, itu isteri saya. Kami tak biasa menari. Saya anggap minggu lalu merupakan pengalaman yang bagus untuk saya dan dia. Alhamdulillah dia seronok.
Mula-mula dia kata tak nak sebab dia tak biasa, lagipun dia bukan seorang penghibur. Kemudian saya menyakinkan dia untuk cuba. Buruk cantik belakang kira, yang penting kami gembira.
Sementara itu, turut bertanya kepada Kai mengenai persiapannya sempena konsert malam ini.
Ujar Kai, dia sangat terkejut dan seronok kerana dapat bernyanyi bersama Haqiem Rusli.
Mula-mula saya memang terkejut. Lepas itu seronok sebab Haqiem antara artis meletop, dia ada banyak pengalaman dan suara kami macam serasi. Bila berjumpa dengan dia, kami dah macam kawan.
Sekadar info, Kai dan Haqiem akan menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta nyanyian asal Fotograf.