Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 29, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment#CSOIAM: Eylia Guntabid Tidak Kecewa Tersingkir, Bakal Lebar Sayap Ke Indonesia

    #CSOIAM: Eylia Guntabid Tidak Kecewa Tersingkir, Bakal Lebar Sayap Ke Indonesia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Walaupun tidak berjaya melayakkan diri ke konsert separuh akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), penyanyi Eylia Gundabit tidak menjadikan kekalahan itu sebagai titik noktah dalam perjalanan seninya.

    Sakit tekak, terlalu penat

    Ketika ditemui , Eylia atau nama lengkapnya Eylia Eyre Guntabid, 23, berkata kepenatan dan sakit tekak mungkin antara faktor yang mempengaruhi persembahannya pada konsert suku akhir CSOIAM. Bagaimanapun, Eylia mengakui dia berpuas hati kerana telah memberikan yang terbaik termasuk dari segi vokal.

    Saya sedih sebab tak dapat lagi momen bersama kawan-kawan di CSOIAM, krew produksi dan tenaga pengajar. Tapi saya rasa sedikit lega. Saya tak kecewa sebab dah buat yang terbaik walaupun saya dan Khai kurang sihat.

    Saya dah ambil banyak ubat dan antibiotik untuk pastikan saya sihat pada hari pertandingan. Saya dah buat yang terbaik dari segi vokal dan ikut pada perancangan.

    Tambah Eylia lagi, dia tidak berasa kecewa kerana tersingkir sebaliknya mengakui dia sudah pun mempunyai perancangan kariernya termasuk meluncurkan lagu sendiri dan memiliki projek seni di Indonesia.

    Saya gembira sebab selepas ini saya akan berkarya dan projek seterusnya untuk karier masa depan saya.

    Apa yang boleh saya katakan, selepas ini akan ada lagu sendiri dan ada projek di Indonesia. Tapi buat masa sekarang, projek itu ditangguh seketika sebab komitmen saya di CSOIAM.

    Eylia berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert suku akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.

    ‘Saya laburkan guna duit saya sendiri’

    Dalam pada itu, Eylia mendedahkan bahawa dia telah menggunakan wang sendiri untuk membiayai projek tersebut, namun memilih untuk tidak berkongsi jumlah sebenar yang dilaburkan.

    Untuk projek itu, saya laburkan guna duit saya sendiri tapi saya tak boleh dedahkan amaun. Bimbang sekiranya perkara itu gagal dan sebagainya. Tapi bagi saya jumlah itu agak banyak.

    Apabila ditanya mengenai keputusannya yang memilih untuk berkarya di negara luar berbanding Malaysia, Eylia berkata dia yakin akan potensi yang dimilikinya.

    Ramai yang percaya potensi saya untuk berkarya di luar Malaysia. Tapi saya tiada label rakaman, dan buat masa sekarang saya memilih untuk bergerak sendiri.

    Saya mengenali individu tersebut menerusi Instagram dan melalui kenalan (penyanyi) yang pernah bekerjasama dengan individu itu. Dia juga memang banyak buat lagu untuk penyanyi Indonesia.

    Untuk info, tema konsert pada minggu ketujuh adalah Melodi Cinta Kita.

    ALSO READ:  Tracie Sinidol Punca Retaknya Hubungan Persahabatan Nabil Aqil & Zarif Ghazzi?

    Keputusan mingguan ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian daripada penonton yang bermula pada episod kedua sehingga episod kelapan.

    Dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah, program CSOIAM kali ini menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.

    Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.

    Bagi undian pula, boleh ke www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts