Korang mesti dah tahu tentang Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) yang tengah viral kat TV3 kan?
Bermula dengan sesi ujibakat yang penuh dengan bakat luar biasa, CSOIAM terus mencuri perhatian ramai dengan suara memukau para peserta dan persembahan penuh emosi mereka.
Tapi apa yang lebih menarik, selain daripada bakat penyanyi-penyanyi hebat, kejayaan program ni bukan hanya dapat sambutan hangat kat kaca TV, malah di platform digital pun, ia melakar sejarah yang luar biasa tau!
Rekod digital yang power – sehingga 10.6 bilion capaian!
Rekod tontonan di kaca TV mencatatkan 8.5 juta penonton setia menyaksikan rancangan ni di TV3 setiap minggu, sekaligus menunjukkan bahawa CSOIAM menjadi pilihan utama penonton primetime.
Kalau dah dekat TV power, dekat sosial media apa lagi kan? Haa.. CSOIAM berjaya meraih capaian digital sehingga 10.6 bilion tau!
Kalau cakap pasal trending, tak sah kalau tak sebut yang CSOIAM dah jadi #1 trending di X untuk enam minggu berturut-turut!
Setiap minggu CSOIAM menjadi perbualan hangat dengan hashtag yang trending, menyatukan peminat muzik dan para penonton untuk sama-sama menyokong dan berkongsi pendapat mereka melalui platform tersebut.
Tonton CSOIAM untuk peluang memenangi sebuah Peugeot Landtrek
Tonton CSOIAM dari minggu pertama sehingga ketujuh dan korang berpeluang untuk bawa pulang sebuah Peugeot Landtrek! Haa.. Siapa tahu, ni rezeki korang! Macam mana cara nak menang? Mudah je!
Jadi, jangan lupa untuk terus menyokong peserta pilihan korang tak kiralah Jimi, Kai Deva, Mariam, Zazzleen atau Marygrace sebab mereka inilah bakal-bakal penyanyi hebat yang akan memeriahkan industri muzik tempatan.
CSOIAM bersiaran pada jam 9.00 malam setiap Ahad di TV3. Korang juga boleh strim secara HD di Tonton melalui laman web rasmi Tonton.