Pengalaman pahit dalam percintaan tidak menghalang penyanyi dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun, daripada terus bersemangat dalam mencari pasangan hidup.
Walaupun telah melalui pelbagai episod hitam, beliau tidak trauma dan bersedia untuk mengakhiri zaman dudanya sekiranya bertemu dengan wanita yang menepati kriteria pilihannya.
Apatah lagi, usianya juga semakin meningkat dan dia bersedia untuk mengakhiri zaman dudanya.
“Buat masa ini belum ada calon lagi. Jika ada pasti saya tidak berahsia mengenainya.
“Apatah lagi, anak saya juga sudah semakin besar dan memerlukan belaian seorang ibu. Mujur ada ibu bapa yang membantu saya mengendalikan anak saya yang semakin cergas dan sedang membesar.