Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Cukup Orang Ramai Tahu Saya & Puteri Zarith Berpisah Sebab Tiada Persefahaman’...

    ‘Cukup Orang Ramai Tahu Saya & Puteri Zarith Berpisah Sebab Tiada Persefahaman’ – Dr Munzir Shkori

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Dr Munzir ShkoriDr Munzir Shkori

    Bekas suami kepada usahawan dan selebriti media sosial, Puteri Zarith iaitu Dr Munzir Shkori enggan memperincikan punca perceraian mereka.

    ‘Tiada persefahaman’

    Dr Munzir ShkoriDr Munzir Shkori

    Dr Munzir, 41, ketika dihubungi , berkata, dia hanya mahu orang ramai mengetahui mereka berpisah disebabkan tiada persefahaman.

    Saya sebenarnya tidak mahu mengulas lanjut, cukup sekadar orang ramai tahu saya dan Puteri berpisah sebab kami tiada persefahaman.

    Apa yang kami lakukan ini adalah yang terbaik dan saya tidak mahu anak-anak terkena tempias mahupun impak buruk.

    Mungkin jodoh saya dan Puteri hanya bertahan sampai sini sahaja, Allah kata cukup 14 tahun kami bersama.

    Dalam pada itu, Dr Munzir turut menjelaskan mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan untuk mereka berpisah secara hakam.

    Kenapa tak lafaz cerai dan ia dibuat secara hakam itu disebabkan ada perkara yang kedua-dua pihak sepatutnya persetujui tetapi tidak capai kata sepakat.

    Ada perkara yang saya minta dari pihak dia tetapi dia tak mahu, jadi disebabkan itu saya tidak mahu lafaz cerai. Sebab itu hakim putuskan untuk kami berpisah secara hakam.

    Bukan saya tak rela, okay sahaja untuk lafazkan cerai tetapi ada beberapa perkara yang tidak capai kata sepakat.

    Usaha pertahankan

    Dr Munzir ShkoriDr Munzir Shkori

    Disoal mengenai usaha mempertahankan bahtera rumah tangga yang dibina selama 14 tahun, Dr Munzir menjawab dia ada berbuat demikian, namun akur apabila merasakan sudah tiada sinar lagi.

    Sebelum saya buat keputusan keluar rumah, sudah pasti ada usaha untuk mempertahankan rumah tangga. Siapa yang tak sayang perkahwinan selama 14 tahun dan sudah dikurniakan dua anak.

    Tetapi sudah sampai satu masa, saya fikir jika kami asyik bergaduh dan akan menjejaskan perkembangan anak-anak, itu lebih teruk.

    Terdahulu, Puteri Zarith mengesahkan sudah bercerai talak satu secara hakam dengan bekas suami, Dr Munzir Shkori di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, pada jam 12 tengah hari, Isnin.

    ALSO READ:  Apple marks Lionel Messi's premier match with Inter Miami CF on MLS Season Pass

    Imbas kembali, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan Darwish, 14, dan Puteri Medina, 11.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts