Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentCupcake Aisyah Beri Penjelasan Selepas Dituduh ‘Tikam Belakang’ Leona, Tampil Mohon Maaf!

    Cupcake Aisyah Beri Penjelasan Selepas Dituduh ‘Tikam Belakang’ Leona, Tampil Mohon Maaf!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon baharu yang juga pempengaruh media sosial, Cupcake Aisyah tampil memberikan kenyataan di media sosial selepas namanya dipetik netizen, menjadi ‘penyondol’ dan ‘tikam belakang’ rakannya yang juga pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona.

    Tidak Pernah Menjalinkan Hubungan Dengan Bekas Teman Lelaki Leona

    Cupcake Aisyah, menerusi kenyataannya di Instagram, menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan bekas teman lelaki Leona dan pertama kali bertemu dengan lelaki berkenaan adalah melalui hubungan mereka pada awal tahun 2022.

    “Pertama sekali, saya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan dia. Saya pertama kali bertemu dengannya pada awal 2022 melalui hubungan mereka. Kami bertiga menjadi rakan baik yang menyokong satu sama lain.”-jelas Aisyah

    Jam Tangan Mewah Hasil Pembelian Sendiri

    Isu sedutan video vlogging miliknya, yang memaparkan pelakon ini meminta lelaki tersebut memakaikan jam tangan mewah pada tangannya, Aisyah akui tindakannya itu kelihatan tidak sopan, namun menegaskan bahawa jam tangan mewah berjenama Rolex itu hasil pembelian dirinya sendiri.

    “Memiliki Rolex adalah impian saya, dan dia mempunyai contact untuk membuat impian saya jadi nyata. Mengenai kehadiran dia ke rumah saya, itu adalah kerana saya teruja untuk melihat jam tangan mewah itu, jadi dia terus menghantar ke rumah selepas mendapatkannya.”

    Ramai orang salah anggap, tapi ahli keluarga saya berada di rumah ketika pertemuan tersebut. Tiada agenda tersembunyi.”-jelas Aisyah

    Tampil Buat Permohonan Maaf!

    Mengakui kesalahannya mengenai situasi yang telah berlaku setahun yang lalu, Aisyah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menyebabkan persahabatannya bersama Leona telah hancur.

    Apa komen anda?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts