Meskipun tidak lagi melakukan konten bersama, pempengaruh media sosial, Cupcake Aisyah memberitahu hubungannya dengan Nana masih dalam keadaan baik. Menurut Aisyah, mereka berdua lebih fokus terhadap kerja masing-masing tahun ini.
Happy birthday Nana
Menerusi posting yang terbaru di Instagram Story, Aisyah dilihat memuat naik foto dan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Nana.
Di samping itu, Aisyah turut meletakkan kapsyen lebih banyak memori bersama Nana. Bukan itu sahaja, Aisyah berharap Nana akan ‘fly high’ dalam apa jua yang dilakukan.
Menerusi pemerhatian pihak Nana turut ‘repost’ posting Aisyah.
Sebelum ini, segelintir netizen mendakwa Aisyah dan Nana bergaduh sehingga tidak mahu melakukan konten bersama. Bahkan ada juga yang mendakwa Nana tidak mahu terpalit dengan sebarang kontroversi yang melibatkan Aisyah.