Ramai yang boleh agak karier aktor Jung Woo Sung bakal berakhir begini…
Aktor Korea Selatan, Jung Woo Sung baru-baru ini mengakui bahawa dia adalah bapa kepada anak model Moon Gabi. Pengumuman ini dibuat selepas Dispatch mengeluarkan laporan eksklusif yang membuat dakwaan yang mengejut itu.
Menjadikan situasi ini lebih rumit, Jung Woo Sung dikatakan sudah pun menjalinkan hubungan jangka panjang dengan seorang wanita bukan selebriti. Pasangan ini dilaporkan telah lama menjalinkan hubungan dan berada dalam fasa yang serius.
View this post on Instagram
Menurut beberapa sumber, teman wanita Jung Woo Sung didakwa tidak menyedari situasi hubungan sulit aktor itu dengan model Moon Gabi.
View this post on Instagram
Beberapa hari yang lalu, Moon Gabi telah memuat naik gambar bersama bayinya selepas beberapa bulan menjadi seorang ibu. Memandangkan anaknya lahir di luar nikah dan tiada kelibat bapa dalam gambar, dia tidak mahu orang ramai membuat spekulasi mengenai kehidupan peribadinya.
Dalam kapsyennya, Moon Gabi mengakui kehamilannya itu adalah berita yang mengejutkan, tetapi mendedahkan dia kini sedang menerima dan menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.
View this post on Instagram
Syarikat Jung Woo Sung, Artist Company telah mengesahkan bahawa aktor tersebut adalah bapa kepada anak Moon Gabi. Kedua-duanya sedang berbincang cara terbaik untuk besarkan anak dan Jung Woo Sung akan lakukan yang terbaik sebagai bapa.
View this post on Instagram
Sekadar info, Moon Gabi dan Jung Woo Sung dilaporkan rapat pada tahun 2020 tetapi tidak pernah jalinkan hubungan secara rasmi. Aktor itu menolak untuk berkahwin walaupun Gabi mahukan perkahwinan untuk kesejahteraan anak mereka.