Berdasarkan siasatan bedah, bintang Friends Matthew Perry meninggal dunia akibat penggunaan dadah jenis ketamin yang kuat, menyebabkan beliau tidak sedarkan diri dan lemas dalam tab mandian panas.
Perry, 54, yang secara terbuka mengakui penyalahgunaan dadah dan alkohol selama berdekad-dekad, ditemui oleh pembantunya dalam keadaan terapung di jakuzi di rumahnya di Los Angeles.
Ujian toksikologi menemui ketamin, ubat bius dengan sifat halusinogen dalam badan Perry pada tahap yang tinggi. Hal ini dikutip daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketamin adalah ubat pelali yang penggunaannya dihadkan kerana kesan halusinasi yang teruk dalam bidang perubatan dan boleh merosakkan badan jika digunakan secara berterusan.
Ketamin dalam badan Perry menyebabkan kadar denyutan jantung berlebihan dan menekan pernafasannya, yang kemungkinan menyebabkannya tidak sedarkan diri sebelum lemas di dalam tab mandian panas.
Dikutip daripada MalayMail, ketamin boleh disuntik, dicampur dengan cecair, dihidu sebagai serbuk, atau dihisap.
Siasatan bedah mendapati Perry mungkin telah meminum ketamin sendiri untuk tujuan perubatan. Laporan juga menyatakan bahawa bintang Friends itu telah menjalani terapi ketamin untuk mengatasi masalah kemurungan dan kebimbangan.