Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz meluahkan rasa rindu terhadap kedua cahaya matanya iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Sayang anak-anak
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), kelihatan Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz, sedang duduk di atas kerusi dan meriba kedua-dua anaknya itu.
Ayden dan Ara kemudian mencium pipi aktor berusia 33 tahun tersebut.
Paling menyentuh hati adalah kapsyen ringkas yang ditulis Aliff pada hantaran berkenaan. Pelakon drama Terjerat tersebut merindui anak-anaknya dan menyatakan bahawa dia amat menyayangi mereka.
Daddy misses you two beyond words.
Daddy sayang abang dan adik.
Sekadar info, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah pada 9 September 2016, namun disahkan bercerai pada 13 Jun lalu.