Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang isu video penderaan seekor anjing baka Husky yang tular di media sosial dan penyanyi Dafi Ismail turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila anjing tersebut perlu dipulangkan semula kepada pemiliknya.
Artikel berkaitan: Kongsi Video Menari Di Tiktok, Netizen Samakan Dafi Macam Lee Kwang Soo
Artikel berkaitan: Dafi Jadi Tempat Aduan Rakyat, Luah Masalah Krisis Makanan – ‘Cuba Tanya Ayah Apa Plan Negara Sekarang ..’
Penderaan anjing Husky
Individu yang disyaki merupakan seorang pemain badminton kebangsaan didakwa melakukan penderaan itu memfailkan laporan polis untuk menuntut semula anjing peliharaannya.
Malah, pihak berkuasa juga menyuruh supaya anjing yang kini dijaga oleh penyelamat haiwan untuk dipulangkan kepada tuannya.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail merasakan tindakan memulangkan anjing berkenaan kepada tuannya adalah perkara yang tidak masuk akal.
Kebodohan jenis apa suruh pulang balik kepada tuan tu? Apa lagi yang tak jelas…video dah ada kan?
Sampai trauma anjing tu. Apa perasaan ek pukul binatang macam tu? Dia rasa dia terpaling hebat la?
Kalau tak boleh sayang tak payah bela. Yang sepatutnya Pomeranian (baka anjing) seekor lagi tu pun diambil dari tuan tu, bukan suruh pulang!
Terdahulu, tular video seorang lelaki mendera anjing Husky peliharaannya di sebuah kondominium di Kajang, Selangor.
Kemudian anjing tersebut diselamatkan oleh penyelamat haiwan bebas dikenali sebagai Shima dan dibawa ke klinik haiwan. Didapati anjing tersebut mengalami trauma yang teruk.