Personaliti media sosial Aisyah Hijanah tampil berkongsi mengenai cara dia mengendalikan diri apabila suaminya, Alif Teega tiada di rumah.
Sayang diri dahulu
Menurut Aisyah, dia menerima banyak direct message (dm) daripada pengikutnya mengenai soalan seperti itu selepas Alif berkahwin lain. Ujar Aisyah, dia mengambil masa beberapa bulan untuk reset hati.
Aisyah dapat dm ada yang tanya macam mana Aisyah jaga diri bila Alif keluar untuk tugas dia. Sebenarnya saya tak gemar nak kongsi benda ini tapi berharap boleh beri manfaat untuk sayang diri sendiri dahulu. Bila hati kita attach kepada suami, memang kita akan sakit bila kita nampak dia keluar, lagi-lagi kita tahu tujuan dia.
Tetapi, bila kita kurangkan sikit sayang kita dan reset hati kita. Sayang Allah dulu, sayang diri dulu baru suami, barulah kita akan okay sedikit. Memang susah, Aisyah pun ambil beberapa bulan untuk reset hati betul-betuk untuk Allah. Kita dah enam tahun dengan dia berdua, tiba ujian macam ini memang menguji jiwa kita.
Tambah Aisyah, sebagai manusia kita seharusnya menjaga hubungan dengan Allah.
Memang susah, Aisyah pun take few months untuk reset hati betul-betul untuk Allah. Kita dah 6 tahun kan dengan dia berdua, tiba ujian macam ni memang menguji jiwa kita. Sebenarnya orang yang kita sayang bukannya special sangat pun, tetapi ‘love’ yang kita bagi terlalu besar sehingga kita nampak dia special. Yang patut kita dahulukan dan fokus adalah hubungan dengan Allah. Fokus perbetulkan balik hubungan dengan Allah.
Rancang nak buat apa
View this post on Instagram
Berbicara lebih lanjut, Aisyah berkata, dia akan merancang beberapa aktiviti untuk dilakukan apabila suaminya tiada di rumah.
Selalunya, Aisyah akan set mindset sehari sebelum hari itu. Aisyah akan plan nak buat apa terus. Fokus cari ilmu, tambah solat-solat sunat, zikir, buku, selfcare. Bila ada suami kadang tu tak sempat pun kita nak betul-betul jaga hubungan dengan Allah. Sebab, kita rasa nak khidmat untuk dia. Jadi bila Alif tak ada, Aisyah take time sepenuhnya untuk betul-betul khidmat kepada Allah. Baca buku motivation, belajar agama, dengar podcast yang semuanya boleh naikkan value kita.
Rugilah, kalau hancur untuk manusia. Allah bagi kita akal yang sihat, wajah yang cantik, tubuh yang sihat, last-last kita hancur kerana manusia. Gunakan segala nikmat Allah bagi untuk khidmat kepad Allah semula. Minta ampun pada Allah, minta syurga tanpa hisab, minta bahagia di Akhirat bersama para auliya dan boleh melihat wajah Allah kerana hidup ini untuk Allah.
Di akhir posting, Aisyah memberitahu perkongsiannya ini bukan tanda dia menerima dan menggalakkan apa yang berlaku.
Tetapi, bila hal tersebut dah ditakdirkan ke atas diri kita, maka kita sendiri kena cari jalan untuk make sure kita baik-baik sahaja. Kita nampak Allah ambil dia daripada kita, tapi sebenarnya Allah ambil ruh & jiwa kita daripada dia. At the end kita nak pulang kepada Allah dalam keadaan kita benar-benar beriman kepada Allah. Itu tujuan asal hidup kita.