Semalam di laman X, kecoh mengenai pujian salah seorang dari juri tetap All Stars Gegar Vaganza (GV10) Hetty Koes Endang terhadap Siti Nordiana. Nyanyian Siti Nordiana yang membawa lagu Kisah Hati itu dipuji lebih baik daripada penyanyi asal. Seperti yang kita tahu, penyanyi asalnya duduk di belakangnya iaitu Datin Alyah yang juga merupakan isteri kepada Datuk Ramli MS.
“Merinding bulu roma saya masa dengar, menurut Bunda, lebih bagus Nana nyanyi daripada Alyah.
“Lebih baik sikit sahaja, jangan marah ye Tok Ram,” seloroh Hetty.
Kata-kata dari Hetty ini telah membuatkan ramai yang kurang senang lagi-lagi peminat Datin Alyah. Salah seorang peminat yang dikenali dengan nama @AzlilAdzif di laman X berkata persembahan penyanyi asal, Alyah jauh lebih baik dan tiada tandingan.
Perdebatan dikalangan peminat Alyah ini telah membuatkan kelab peminat Siti Nordiana iaitu SNFC terpanggil untuk menjernihkan keadaan. Wakil dari SNFC telah memohon maaf kepada Alyah menerusi DM di Instagram.
Alyah membalas, dia hadir ke konsert untuk memberi sokongan kepada Siti Nordiana. Malah dia tidak menyalahkan Siti Nordiana dalam hal ini dan dia menerima seadanya komen yang dilontarkan oleh Hetty.
“Saya datang untuk Nana, Tak pernah salahkan Nana. Tak mengapalah, dah jadi, saya terima. Terima Kasih kerana sokong Nana dan teruskan ya..”- balas Nana.
Apa komen anda? Adakan wajar perbandingan sebegitu berlaku?