Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Dah Lama Tak Tengok Dalam Satu Frame” – Netizen Luah Rasa Teruja,...

    “Dah Lama Tak Tengok Dalam Satu Frame” – Netizen Luah Rasa Teruja, Rizman Muat Naik Gambar Bersama Fazura

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Terdahulu, kecoh seketika apabila netizen mendakwa hubungan Fazura dan pereka fesyen terkenal Rizman serta Ruzaini renggang disebabkan aktres berkenaan tidak muncul di beberapa majlis yang melibatkan pereka fesyen itu dan majlis lain yang dianjurkan Rizman dan Ruzaini.

    Menyangkal Dakwaan Netizen

    via Yahoo News

    Menurut Astro Awani, Rizman membidas dakwaan itu dan menyatakan hubungannya bersama aktres itu tiada sebarang masalah, hanya sedikit renggang disebabkan komitmen kerja yang semakin bertambah.

    Apa yang saya boleh katakan, dulu kami rapat dan kerap keluar bersama kerana saya masih bujang ketika itu.

    Namun, apabila sekarang saya sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, komitmen kami bertambah dan kami sangatlah sibuk sehingga tiada masa untuk berjumpa.

    Jadi saya kira kami tiada masalah pun, sebaliknya saya bangga dengan kejayaan beliau yang kini sedang sibuk mengembangkan perniagaan jenamanya sendiri.

    Sedar Dengan Isu Yang Dibualkan

    via Instagram Fazura

    Sementara itu, rakan seperjuangannya Ruzaini akui sedar tentang isu yang dibualkan netizen berkenaan hubungan persahabatan mereka dan menganggap netizen telah menyalah erti.

    Mungkin netizen terlalu triggered kerana kami sudah tidak lama keluar bersama sehingga menganggap kami bergaduh dan bermasam muka.

    Terbaru, satu gambar yang dimuat naik oleh pemilik Instagram Rizman menjadi perhatian dari netizen.

    Hantaran Di Instagram Jadi Perhatian

    via Instagram Rizman

    Dalam hantaran terbarunya, Rizman ada memuatnaik gambar mereka bersama Fazura dan juga suaminya, Fattah Amin.

    Melihat diruangan komen, ramai netizen yang melahirkan rasa bersyukur dan turut gembira melihat gambar yang dimuat naik tersebut. Malah ada juga yang merindui untuk melihat gambar pelakon dan pereka fesyen ini dalam satu ‘frame’.

    Rindu nak tengok gambar Kak Fazz dengan kembar

    Dah lama tak tengok dalam satu frame… sangat gembira bila tengok gambar ni.

    Akhirnyaa…lama tak tengok korang bergambar bersama

    Ah akhirnya 1 frame degan Faz..rindunya tengok kalian

    Ini sekaligus membuka mata dan menjawab persoalan yang selama ini bermain dalam pemikiran netizen.

    ALSO READ:  Bintang K-pop B.I, Sedia Menggegarkan Malaysia Dengan Konsert Solo Pertama ‘HYPE UP’ Pada Jun 2024!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts