Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDah Selesai Solat Baru Sedar Tak Cukup Rakaat? Ini Cara Sebenar Yang...

    Dah Selesai Solat Baru Sedar Tak Cukup Rakaat? Ini Cara Sebenar Yang Perlu Anda Lakukan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kadang-kadang, seseorang itu akan terlupa bilangan rakaat yang telah dilakukannya adakah cukup atau pun terkurang sewaktu menunaikan solat fardu.

    Jadi, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan seseorang itu sekiranya mereka terkurang akan bilangan rakaat solat yang telah dilakukan?

    Tambah rakaat dan sujud sahwi

    @masjidbspofficial Hadis riwayat Imam Muslim (573) dalam Sahihnya menerangkan tunjuk ajar Nabi SAW kepada para sahabatnya, dan umat keseluruhannya, tentang tatacara melengkap solat fardu yang tidak sempurna bilangan rakaatnya, kerana lupa atau sebagainya. Justeru boleh disambung untuk melengkapkan bilangan rakaat yang belum sempurna jika selepas salam yang tersilap itu tidak diselangi dengan percakapan dan pergerakan yang banyak. Terima kasih kepada jenama kurta @bumsnbums untuk tajaan Ihya’ Ramadan Masjid Bandar Seri Putra. #kurtanoah #kurtamoden #aidilfitri2024 #ramadhan2024 #bumsnbums #masjidbandarseriputra #takcukuprakaat #solat #fiqhibadah ? original sound – Masjid Bandar Seri Putra

    Menerusi perkongsian yang dilakukan Masjid Bandar Seri Putra, seseorang itu hanya perlu menambah baki kepada jumlah bilangan rakaat yang sebenar dilakukan mereka.

    Awak solat Zuhur ke tadi? Sebab saya tengok awak solat dua rakaat sahaja.

    Jadi, awak tak perlu solat dari awal semula, awak cuma tambah sahaja lagi dua rakaat dan awak perlu lakukan perbuatan sujud sahwi sebelum memberi salam.

    Dalam satu hadis riwayat Imam Muslim (573) dalam Sahihnya menerangkan mengenai tunjuk ajar Nabi Muhammad SAW kepada para sahabatnya, dan umat keseluruhannya, tentang tatacara melengkap solat fardu yang tidak sempurna bilangan rakaatnya, kerana lupa atau sebagainya.

    Justeru solat itu boleh disambung untuk melengkapkan bilangan rakaat yang belum sempurna.

    Menerusi video itu lagi, pihak masjid menjelaskan perbuatan menambah rakaat perlulah dilakukan segera dan tidak diselangi oleh masa yang lama.

    Bila sedar saja tak cukup rakaat, seseorang itu perlu segera menambah bilangan rakaatnnya.

    Kalau dah ada orang tegur dia tak cukup rakaat, tapi masih lagi buat kerja lain dan sebagainya maka dia perlulah memulakan solatnya daripada awal semula.

    Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih lebih 1,700,000 tontonan dan lebih 23,000 tanda suka.

    ALSO READ:  Teuku Ryan Meminta Doa dan Berusaha untuk Menyelamatkan Perkawinan dengan Ria Ricis

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts