Sekadar gambar hiasan
Memberi nafkah zahir dan batin merupakan tanggungjawab yang perlu digalas oleh seorang lelaki selepas sah bergelar suami.
Tetapi lain pula kisahnya kali ini apabila seorang isteri mengadu tidak pernah disentuh suaminya sejak berkahwin.
Setahun kahwin tak disentuh
Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di aplikasi X, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap si suami yang tidak menjalankan kewajipannya meskipun sudah setahun mendirikan rumah tangga.
Saya dan suami dah berkahwin hampir setahun. Tapi hingga saat ini, kami masih belum bersama.
Bila tak disentuh langsung, keinginan saya hilang. Tapi untuk kepuasan suami, saya ada je layan dia atas permintaan dia dan rasa tanggungjawab. Saya rasa tak adil sebab dia je yang rasa kepuasan tu.
Tambah wanita itu lagi, dia juga sudah cuba berbincang dengan suaminya mengenai perkara tersebut namun lelaki itu hanya memberitahu bahawa dirinya belum bersedia.
Saya nak anak, umur saya pun dah cecah 30-an. Dari sudut kewangan saya rasa kami dah bersedia. Tapi jika belum pun, saya okay je untuk merancang.
Perkongsian tersebut telah mendapat respon daripada warga maya yang rata-rata berpendapat bahawa lelaki itu seorang homoseksual kerana tingkah lakunya itu seakan menunjukkan bahawa dia tidak berminat dengan si isteri.
Berkahwin sebab nak tutup gay ke?
Gay rasanya suami awak ni.
Suami anda seorang homoseksual tapi kahwin dengan anda untuk tunjukkan dia lelaki normal.