Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal mendedahkan dia pernah berbangga dan terbuai dengan pujian selepas dirinya semakin dikenali ramai.
Artikel berkaitan: ‘Suami Tak Izin Saya Bergandingan Dengan Hero Atau Berlakon Drama Cinta’ – Dahlia Rizal
Artikel berkaitan: Dahlia Rizal Sangkal Dakwaan Kulit ‘Flawless’ Sebab ‘Facial Treatment’ Semata – ‘Perlu Maintenance & Skin Care Juga’
Pernah bangga dengan pujian
Menerusi perkongsian di TikTok, Dahlia berkata, dia kini tidak lagi termakan dengan kata-kata pujian kerana ia boleh berubah kepada benci hanya dengan satu kesalahan yang dibuat.
Sebenarnya dulu saya sangat bangga ramai orang puji saya tapi sekarang saya tak ambil perkara itu terlalu serius sangat.
Sebab saya tahu sekarang orang puji dan layan awak, tapi bila ada satu kesalahan awak buat boleh berubah 180 darjah. Orang akan benci balik.
Jadi dulu orang puji-puji dan bila saya viral sikit saya down terus. Teruk gila. Saya ingat orang sukakan saya.
Disebabkan itu, Dahlia mengubah cara pemikiran dan mengendalikan pujian dan kecaman daripada netizen.
Tapi sekarang memang pemikiran saya dah tukar bila orang puji saya kata ‘Alhamdulillah, Alhamdulillah’.
Macam kalau tiba-tiba saya ada buat silap ke dan kena kecam teruk saya tidak rasa macam ‘Ya Allah semua orang bencikan aku’ tak macam dulu.
Sekarang saya rasa okey ‘sudah tentu orang akan benci saya, Insya-Allah saya akan jadi lebih baik dalam tindakan saya’ dan itu cara saya untuk tidak merasakan diri ini bertuah dengan pujian.