Pempengaruh dan model, Dahlia Rizal berkongsi beberapa impiannya dan suami, Imran Aqil yang ingin dicapai pada tahun 2024.
Impian Dahlia, Imran
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story (IG Story), Dahlia atau nama lengkapnya Nur Dahlia Ahmad Rizal memberitahu senarai ‘goals’ itu sebenarnya telah ditulis pada 4 Januari tahun lalu iaitu sebelum dia dan Imran berkahwin.
Belum kahwin lagi tapi masih nak resolusi 2024. Banyak sangat yang tak capai lagi tahun ini dan banyak juga yang dah capai tanpa kami sangka.
Menurut Dahlia, meskipun tidak semua impian mereka pada tahun ini berjaya dicapai namun bersyukur dengan segala rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
Dalam masa yang sama, Dahlia masih menyimpan hasrat dan berdoa agar empat bulan terakhir ini, dia dan Imran berpeluang mencapai resolusi 2024 mereka.
Antara impian yang berjaya dicapai pasangan ini adalah memiliki kereta baharu, melebarkan sayap dengan membuka pernigaan sendiri, mempunyai simpanan sebanyak setengah juta dan banyak lagi.