Seorang pengguna media sosial mendakwa pempengaruh Dahlia Rizal hanya melakukan rawatan muka atau ‘facial treatment’ semata-mata untuk mendapatkan kulit yang bersih tanpa menggunakan produk penjagaan kulit (skincare).
Bukan ‘facial treatment’ semata
Menyangkal dakwaan tersebut, Dahlia memberitahu, untuk mendapatkan kulit yang mulus dia tidak hanya mengharapkan pada hasil rawatan muka yang dilakukan.
Sebaliknya, memerlukan penjagaan susulan dan rapi dengan menggunakan produk kecantikan yang sesuai dengan kulitnya.
Sedihnya orang ini ingat pergi buat facial sahaja boleh buat kulit lawa. Penjagaan kulit perlukan maintenance. Perlu produk skincare juga.
Kalau nak kulit cantik dan elok hanya disebabkan buat rawatan muka sahaja, saya rasa tidak menjadi. Sebab itu sehingga sekarang saya pakai skincare.
Dahlia berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di TikTok miliknya.
Sementara itu, isteri kepada aktor Imran Aqil ini turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa pentingnya penggunaan produk penjaagaan kulit.
Untuk apa sebelum ini saya kongsi apa skin care yang saya pakai kepada pengikut kalau semata-mata buat facial sahaja.
Apa yang saya boleh cakap, kalau nak buat facial dipersilakan. Tetapi nak kekalkan kulit glow dan bersih perlukan skincare.