Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDai Annas Perjelas Tindakan Adira Keluar Bekerja Dalam Tempoh Edah – ‘Berbalik...

    Dai Annas Perjelas Tindakan Adira Keluar Bekerja Dalam Tempoh Edah – ‘Berbalik Pada Hukum, Cerai Mati Atau Hidup Tidak Benarkan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Da'i AnnasDa'i Annas

    Pendakwah dan pengacara, Da’i Annas tampil memberi penjelasan mengenai hukum seorang wanita yang keluar bekerja meskipun masih dalam tempoh edah.

    Hukum keluar dalam tempoh edah

    Da'i AnnasDa'i Annas

    Ketika ditemui , Annas berkata seseorang wanita itu perlu melalui tempoh edah tidak kira bercerai hidup atau kematian suami dan mereka dinasihatkan untuk duduk di rumah.

    Namun begitu, Annas berkata ada kelonggaran yang diberikan sekiranya wanita itu keluar dengan alasan yang muhasabah, misalnya atas urusan pekerjaan.

    Berdasarkan ilmu saya, dalam tempoh edah ini ada beberapa rukshah dan keringanan diberikan misalnya sebelum ini ada seorang wakil rakyat yang kematian suami tapi keluar bekerja. Jadi di sini ada pendapat yang lebih cenderung mengatakan kita perlu menjaga tempoh edah, tak boleh keluar dan melakukan perkara yang di luar hukum Islam.

    Tapi misalnya seorang ibu perlu menguruskan keluarga tanpa bantuan dari orang sekeliling atau waris anak-anaknya, dia diberikan kebenaran untuk keluar dengan kadar yang tertentu. Cuma dalam hal Adira ini saya tak pasti sejauh mana kepentingan dia keluar.

    Kalau bekerja mencari rezeki, kita kena tengok juga kadar keperluan untuk keluarganya tapi saya rasa tidaklah tiada duit langsung untuk makan dan minum. Mungkin ada lagi duit untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi saya rasa berbalik pada hukum, dia tidak dibenarkan.

    Annas berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

    Sementara itu, Annas memberitahu wanita yang bercerai hidup atau mati wajib menjalani tempoh edah seperti mana yang telah ditetapkan menurut hukum syarak.

    Tempoh suci bagi cerai mati atau hidup juga berbeza. Mufti Wilayah Perseketuan sebelum ini pernah mengeluarkan artikel berkenaan isu ini, wanita dibenarkan keluar bekerja kalau kematian suami atau kalau diceraikan oleh suaminya dalam keadaan tidak diberikan apa-apa untuk meneruskan kelangsungan hidup.

    Kalau tanya saya, saya tidak faham keseluruhan konteks artis itu keluar untuk tujuan apa. Saya tidak mengikuti sangat perkembangan dia (Adira), jadi mungkin konteks yang saya kongsikan di sini mungkin tidak sama dengan apa yang dilalui oleh artis tersebut.

    Jika suami sudah meninggal atau bekas suami tidak mampu menyara bekas isteri, waris suami perlu tampung kehidupan bekas isteri dan keluarga sehingga tempoh edah habis.

    Sekadar info, hukum iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami.

    ALSO READ:  ‘Mama Sayang Abang Dunia Akhirat, Jangan Lupa Untuk Sentiasa Doakan Mama & Abah’ – Abby Abadi

    Terdahulu, terdapat pengguna laman sosial mempersoalkan tindakan penyanyi Adira Suhaimi yang keluar bekerja meskipun belum habis tempoh edah selepas bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Red pada 23 April lalu.

    Menerusi hantaran video di laman sosial TikTok miliknya semalam, Adira memberitahu dia perlu bekerja bagi mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara empat orang anaknya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts