Baru-baru ini, tular satu gerakan digital yang dilakukan untuk memboikot para selebriti yang berdiam diri serta tidak menyebarkan kesedaran mengenai Palestin.
Gerakan digital berkenaan dikenali sebagai ‘Blockout 2024’ yang turut menyenaraikan beberapa artis tempatan dan pempengaruh media sosial seperti Dahlia Rizal, Mira Filzah, Scha Al Yahya, Meerqeen, Nadhir Nasar, Daiyan Trisha dan ramai lagi.
“Anda Pengecut Dan Tidak Berprinsip…”
Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pendakwah, Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Dai’ Fuad Mokhtar yang tampil memberi teguran secara terbuka buat para selebriti menerusi hantarannya di Instagram. Tegasnya, artis yang takut disaman jika tidak promosi produk yang menyokong Israel adalah pengecut dan tidak berprinsip.
“Kepada artis yang takut disaman kalau tidak promosi produk yang menyokong Israel. Ketahuilah, anda pengecut dan tidak berprinsip.”-tegas Dai Fuad
Menggesa pihak terlibat untuk membatalkan kontrak bersama produk yang menyokong Israel, Dai Fuad berpendapat biar iman ada di dada pula bersuara untuk menjaga tabung rezeki masing-masing.
“Batalkan kontrak, kali ini biar iman ada bersuara untuk menjaga tabung rezeki anda. Our people menggadaikan nyawa mereka untuk agama.”-tulis Dai Fuad lagi
View this post on Instagram
Baru-baru ini, pelakon, Daiyan Trisha tampil memberikan penjelasan selepas dikatakan tidak memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai apa yang sedang berlaku di Palestin.
Jelas Daiyan, setiap individu mempunyai cara yang tersendiri serta tampil memuatnaik bukti sumbangannya kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu rakyat Palestin.